BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 1, 2009

Blasting System SMS

Hye..

Just nak promote.Wani sekarang ada system blasting sms.camane system ni beroperasi? camni.

  1. korang nak hantar invitation/promotion/makluman/pemberitahuan melalui sms kat ramai orang?ni la sistem yang tepat boleh digunapakai.
  2. korang register semua nombor kat dalam sistem ni.
  3. flat charge RM0.25sen satu sms ke mana-mana no.(harga boleh runding)
  4. sms tu korang leh la tetapkan sendiri.
  5. kat bahagian sender tu korang leh letak nama group/institusi/ apa2 la nama yang korang nak letak.
  6. dengan satu klik je semua no yang dah register tu akan di shoot sms ke hp2 tu.
  7. dalam masa 5 saat ke 1 minit camtu sms tu akan sampai.(bergantung kpd traffic telco)
  8. kalau korang nak report untuk buktikan yang sms tu sampai ke phone2 no yang dah diregisterkan tu pun boleh di generate dari sistem ni.(delivery report).
zaman sekarang ni kan teknologi dihujung jari. So kalau korang rasa x cukup kad kawin nak hantar,hantar je pakai sms.lagi murah dari setem pos.ni salah satu alternative lain untuk memudahkan kerja korang.mana la tau nak promote something product kat membership,leh jugak guna system ni.So membership leh dapat new update dari semasa ke semasa through sms.kan lagi mendekatkan kita denagn client..hah..so kalau korang berminat,leh la PM wani.Wani dan letak sekali no phone.Nanti Wani akan call balik korang untuk set time buat appoinment.Lagi satu..benda2 mcmni kalau nak in formal way kene ade proposal kan.Wani ade sediakan proposal untuk company-company.  berminat?segera lah PM Wani k.

Contoh dia lebih kurang cam ni la..














Tolong menolong sesama umat adalah dituntut...

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha 2009

Selamat Hari Raya..hmm..Raya Haji tahun ni kat sini jer.Taknak kelam kabut sebab nak balik kampung adn holiday hujung tahun kat kampung end Disember nanti..Pagi raya abah sibuk korban kat Balai Brickfields..kat umah kiteorang masak nasi minyak.sampai malam lepak umah.jiran-jiran tetap kak wana,abg bad,damia hanna,kak gee ngn ilham lepak sini sampai malam.makan-makan kat sini..

Hari raya ke dua pulak abah still ade korban kat balai pantai.kali ni lembu disedekah menteri wilayah persekutuan Raja Nong Chik..lepas korban diaorang gotong royong masak pulak.kiteorang malas nak gi sana so masak-masak kat rumah.kali ni masak laksa ngn sup tulang daging.banyak nyer makanan.x larat nak makan dah..ni la keseronokan raya kat malaysia ni.masak dan makan sampai pitam..hehe..

Hari ahad (29/11/2009) attend kenduri rumah officemate.Ingat nak gi satu kenduri jer kat Langat tapi maksu leh pula paksa gi Umah kenduri lagi satu kat Lenggeng..Memang tak plan nak gi Lenggeng atas sebab2 tertentu tapi dah maktok ngn maksu beria2,so ikut la jgak..nasib baik sampai pengantin lelaki belum sampai so makan2 and gerak gi Langat.jalan kampung satu hala..nak keluar dari situ bertembung ngn kereta [engantin lelaki..dan maka betrentang mata la dengan pengapit (yg jugak my ex boyfriend)..hmm..dalam dok mengelak tu leh jugak bertembung.But i'm smiling for his happinest.Wani nampak wife dia ngn anak dia dalam kereta..makin wani redha main kerap terserempak..

By the way Selamat Pengantin Baru kat Abg Hamdan & Kak Ira da juga Awit & Kikin..Semoga kekal ke akhir hayat..

best tengok orang naik pelamin..bila lagi ni?...ahh..forget it for the time being..

update sikitpasal pemanggil misteri yang still call.camana tau dia call?sebab walaupun tak ringging tapi still ada record received called.apa dia nak wani pun tak tau..lantak la dia...

malam yang dingin..tapi wani tenang..mungkin hikmah kesabaran makin berbaloi...thanks Allah for blesssing my always...

Thursday, November 26, 2009

Mesyuarat Ahli Majlis ****

Semalam kene attend mesyuarat penuh ahli majlis kat sebuah daerah dalam Selangor ni.tak penah attend meeting ahli majlis so tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi.ahli majlis + YDP adalah dalam lebih kurang 25 org.wani datang wakil KJS dengan Ain, En Latif ngn Fajar.Wakil SKMM pulak ialah En Rizal (dari HQ SKMM) and Nazeehan (dari SKMM Wilayah Tengah).

Senang kate mmg x seindah khabar la meeting ni.Sampai hari ni terbawak2 keadaan meeting semalam.senang kate diaorang ni semua otak fikir duit..ok la kite pun business ..off course nak fikir something good for our company/agensi.tapi yang tak sedap tu diaorang ni fight for something disebabkan oleh personal interest.ditambah lagi kene cucuk org orang-orang yang rapat ngn diaorang.samada masuk dalam poket sendiri atau tak tu wallah hu allam...

Kami ni datang mesyuarat atas permintaan ahli majlis untuk buat taklimat.taklimat tu berjalan lancar la tapi Q & A session tu menampakkan fahaman politik masing2..memang wani faham keadaan politik sekarang.tapi boleh tak jgn nak babitkan politik demi kepentingan korang sendiri?..kiteorang yang datang present ni just representative from our company..kiteorang pun makan gaji.top managemnet company ni politik belah mana semua tu x penah kiteorng masuk campur.jgn la nak threat kiteorang ni as mangsa kepentingan politik korang..

memang wani tak suka politik.wani ambil tahu politik tapi no involvement at all.jgn nak hasut/influence wani dengan perkara2 berkaitan politik.as long as wani tak pennah buat apa2 yang menyusahkan mana2 pihak tolong la..dalam kepala otak wani ni semua yang involve politik ni semua sama. politik kotor/politik tak adil tu semua judgement sendiri.

hmm..kerja-kerja..

lately ni bos makin banyak dedahkan wani dengan macam2 mesyuarat.ini semua pengalaman yang sangat berguna.seronok, gembira, perit, susah, sakit hati, tak tenteram tu semua perasaan yang berulang terjadi sebab kita kan makan gaji..so hadaplah semua tu dengan senyuman..

sekian..

Wednesday, November 25, 2009

Selesai Masalahku..

Yea..thanks and credits to my beloved brother and plus nokia phone for helping me in my problems..to mysterious caller just to inform u that ur call will never enter my phone.thanks also to application named Advanced Call Manager.With this application i can block private no caller by sending them busy tone.so encik private call padan muke..tak yah kacau orang lagi...

Cik Faez @ Qaseh Tercipta..selamat datang ke blog saya..hehe..nak pinjam buku tu leh?..hehe..teringin nak bace..kat popular takder la.kene order pulak...

senang hari2ku tanpa gangguan..

Tuesday, November 24, 2009

Gangguan lagi

Malam tadi pun masih diganggu pemanggil misteri..sampai Wani terpaksa off phone sebab private no tu still cal and call...ape la masalah si private no ni...from now onwards to all private number user that have intentions to call my no,sorry i won't pick up ur call..please dont disturb me...rasa tak ada hutang ngn sapa2 and tak ada musuh ngn sapa2..jgn nak serabutkan time tido orang..and now i feel so sleepy...

Monday, November 23, 2009

Gangguan Pemanggil Misteri..

semalam..ahad...hari berehat...tapi ada satu masalah yang wujud tibe2..gangguan...bukan hantu tapi manusia yang mcm hantu..

dari tengahari sampai petang kot ada sorang mamat psycho call Wani tapi guna Private No. dia tau nama Wani,dari huruf mula sampai akhir..tapi wani x kenal dia..dia kata nama dia HADI..setahu Wani la kan x penah ade kawan nama camtu..Wani surrender la..mmg x kenal..Wani siap cakap lagi.."kalau i tak kenal or terlupa u sebab nama u tak ada dalam phone book i"..tau apa jawapan menyakitkan hati dia.."kenapa tak save no i? kenapa x kenal i? sebab banyak sangat jantan call ke?"..siot tak jawapan tu..out of 7 times dia call 3 time i pick up the phone..nak settle down la kan tapi dia ni mmg PSYCHO..x leh nak buat apa dah..3 times pick up phone tu pun wani yang putuskan line..

Wani rasa dia salah org sebab dia tanya wani sekarang kat rumah ampang ke kampung baru ke selayang..bile masa pulak Wani penah ada rumah kat sana encik psycho hoi...semalam wani x sihat,dia kate nak datang rumah amik wani bawak gi klinik..wani kate la tak payah wani leh gi sendiri..dia kate plak.."perangai tak ubah2,ego,dari dulu sampai sekrang perangai x ubah2..i kenal u sebab attitude u jer tau.jgn jual mahal sangat awak tu perempuan."..heh!sakit hati aku plak mamat ni..x pasal2 kan..

siap statement cam ni pulak pastu.."u tau tak i sanggup repeir phone i semata-mata nak dapatkan balik no phone u.i sanggup transfer 4-5 thousand no from my phone just to get your number..trace satu-satu sebab nak dapatkan no u..u tak reti nak appreciate ke ha?"..astaghfirullah al-azim en HADI psycho..sesungguh nya dah memang tak kenal nak buat camana..tak kan nak buat2 kenal kan..sakit la hati..penat jugak kalau ada banyak manusia dalam dunia ni mcm dia..x leh nak hidup senang la gamaknya..tapi serious memang Wani x kenal..sape dia?mcmana dapat no Wani?apa masalah dia ngn Wani..tu semua Wani tak tau dan tak nak amik tau...full stop..

Kepada en private no yang lain kalau rasa-rasa seronok nak jadi mysterious caller renti2 kan la..buang masa orang jer..sekian..

Sunday, November 22, 2009

Andai Itu Takdirnya

hmm..pasal masalah yang sedang menular tu abaikan je la..thanks to kak ina for your advice..memang kak ina selalu positif dalam segala hal..thanks a lot..




Andai Itu Takdirnya..itu tajuk novel.Hasil nukilan terindah Siti Rosmizah terbitan Buku Prima.serious novel ni sangat menyentuh jiwa..bayangkan wani leh meleleh baca novel tu..menangis sebab watak yang di ceritakan tu..baca novel tu membuatkan kita letak tempat kita sebagai watak dalam cerita tu..

Kisah mengenai seorang wanita kampung yang berkelulusan dari luar negara yang sangat tabah menjalani hidup dengan seorang lelaki yang tak pernah dicintai.Lelaki tu anak org berdarjat la.difitnah,dicaci,dihalau..macam2 la.emosi pun tersentap..Wani pinjam novel ni dr jiran.Tengok dia baca buku tu sampai tak buat apa2..x sabar nak tunggu ending cerita tu..pastu nangis2..mama pun leh nangis baca novel tu..sedih sangat kot..watak-watak yang pelbagai dalam tu melengkapkan sebuah perjalanan cerita ..Buku setebal 583 mukasurat tu leh baca dalam masa 2 hari la..tu pun sebab ada gangguan semasa..watak seperti Aleya,Sharifah Emilin,Syed Aizril,Faizal,Puan Sri Sharifah Aishah dan Umairah sangat memberi kesan..

kesimpulan cerita ni sangat bahagia..seorang wanita menjalan ketabahan hidup dari seorang wanita biasa difitnah dan terpaksa berkahwin dengan lelaki berdarjat namun terus dihina kerana tiada persamman taraf mungkin masih ada ceritera kehidupan macam tu zaman sekarang ni..Darjat tu apa?boleh bawak masuk syurga ke?..ha kan dah teremosi lagi..tapi cerita ni adalah yang terbaik dari yang terbaik..strongly recommend!!!..