Assalamualaikum,
12.1.12 perginya bidadari syurga dijemput Illahi. Hani Humairah telah kembali ke rahmatullah jam 1.55.pm di dalam pangkuan Intan Liana dan Firdaus. Hani menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Selayang selepas berjuang melawan penyakit Banyak komplikasi yang berlaku dalam tubuh Hani.Virus dan merebak ke otak, ada bakteria dalam darah dan tubuh si kecil ini kuning sangat. Sebak melihat Hani yang hanya disokong mesin diseluruh tubuh. Hani terpaksa ditidurkan sepanjang berada di ICU bagi membolehkan ubat masuk ke dalam tubuh Hani. Hani pergi dengan sendirinya. Perancangan doktor untuk mencabut mesin-mesin yang ada pada Hani tidak perlu dilaksanakan. Selama 3 jam Hani dipangku, segala yang tertulis oleh Nya terjadi juga. Hani menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan Intan dan Firdaus.
Bagi Intan, redha dan pasrah. Seharusnya Intan menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Namun Intan adalah seorang ibu. Hani anak yang cergas.Baru nak pandai bercakap tiba-tiba terlantar tanpa sepatah kata, belari kesana sini tiba-tiba terbujur kaku. Hati ibu mana tidak luluh.Mengharapkan keajaiban Allah mengatasi segala. Setiap hari Intan bercakap dengan Hani walaupun tubuh si kecil ini mungkin mendengar tanpa jawapan. Intan sikat rambut Hani, ikat sekemas-kemasnya, bedakkan Hani walaupun tenggelam warna bedak dengan kuning badan Hani. Ya Allah tabah sungguh hati Intan..
" Hani, Hani pergi lah nak. Mummy redha. Mummy lepaskan Hani pergi. Jaga diri baik baik yer nak. Tunggu Mummy kat sana. Mummy akan rindu Hani. Mummy sayang Hani.."
" Hani nak mummy baca doa tidur untuk Hani?"
Namun Allah maha mengetahui setiap sesuatu. Setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Intan dan suami diuji sehebat ini. Bukan kerana Allah tak sayang tetapi kerana Allah memilih yang terbaik untuk diletakkan ke dalam SyurgaNya.
Melihat semua gambar-gambar milik si cilik ini, luruh hati. Tangis kita tak sama dengan tangis Intan dan Firdaus.Sunyi kita tak sama dengan sunyi Intan dan Firdaus. Rindu kita tak sama mcm Intan dan Firdaus. " Intan dah beli banyak baju Hani masa gi Indonesia hari tu. Kain baju raya Hani pun dah beli . Ingat nak tempah baju kebaya untuk Hani." impian seorang ibu yang terpaksa mengalah dengan qada dan qadar Allah.
Hani tak nak mummy dan daddy sambut ulangtahun ke 2 Hani pada 3.3.2012 ni tapi Hani pergi meninggalkan semua pada hari ulangtahun kelahiran adik kembar Intan iaitu makcik Hani - Elin & Eliz. Pasti tarikh keramat ini akan diingati oleh seluruh keluarga ini.
Selamat sampai ke Jannah sayang. Walaupun Aunty tak rapat dengan Hani, tapi aunty tahu Mummy dan Papa Hani dan buat sehabis daya untuk selamatkan Hani. Berdoa untuk mereka sayang. Tunggu mereka di sana.
Semoga Intan dan Firdaus tabah melalui hari mendatang. Pasti ada hikmah tersembunyi dari apa yang berlaku. Sahabat-sahabat sentiasa berada bersama kalian. Walaupun tiada disisi, doa kami terus dipanjangkan untuk kalian.
Semoga roh Hani dicucuri rahmat..Amin..