Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

30th Birthday..

24th June 2013

Pagi tu Wani ziarah pusara Maktok.Wani rindu sangat. Tahun lepas Maktok tunggu Wani balik dari Manila untuk celebrate birthday Wani.Wani nangis dan cium pipi Maktok. Tahun ni Wani nangis sambil sedekahkan surah Yaasin untuk Maktok. Wani doakan Maktok ditempatkan dikalangan para solehah. Wani rindu nak ngadu,sembang,sikat rambut maktok.. Al Fatihah..
 
Genap 30 tahun umurku..Alhamdulillah masih berada dalam keadaan kesihatan yg memuaskan dan kerjaya yang kukuh.Saya sentiasa dikelilingi ahli keluarga yang sangat supportive dan positif. Masih mencari 'soulmate'. Tapi saya yakin dengan perancangan Allah s.w.t. Terima kasih atas doa kalian, surprise dan ingatan.



  
Thanks Officemate

 
Thanks Familia
 
Thanks Mak Njang & Family..

Short Holiday KL-JB-SG-JB-SG-JB-KL

Ohhh lama tak update blog..kemalasan bersarang..

Kami ada short holiday ke JB-Singapore 14/4-16/4 2013. Family Wani yang join - Wani, Mama, Ikhwan, Bangcik, Aiman, Faizal & Ana. Maksu,Mak Njang, Zafran, Armand, Amanda dan Gna (kawan Amanda) Kami semua 13 org berseronok2 di JB - stay di The Zone Hotel, dinner di Jam Besar,makan seafood fresh kat kedai tepi The Zone,Johor Premium Outlet, masuk Singapore 2 hari berturut-turut.Jalan-jalan, naik cable car, Universal Studio, SEA Aquarium, Bugis street, Sentosa Island & Marina Bay.Memang saja nak menghabiskan masa dengan family.Maksu pulak baru first time holiday dengan adik-adik Wani yg dh dewasa ni.Maksu yang belanja kami semua sepanjang trip ni. Release tension sekejap!..



  Bermula dengan shopping di Johor Premium Outlet..




 Dinner di Jam Besar. Otak-otak,sup,cuck-cucuk terbaik!

 Isi pass nak masuk Singapore.. Dh macam kaunter mengundi..

 Kat traffic light pn ok..smile :)








 Sentosa Island




 Marina Bay





 Zam Zam Restaurant










 Universal Studio Singapore


 SEA Aquarium



Seronok dapat holiday..Walaupun 3 hari tapi amat terasa ikatan kekeluargaan antara kami semakin kukuh selepas ketiadaan maktok..Alhamdulillah..

Wednesday, November 16, 2011

oo..ooo lama tak update..

last post is on 28th March 2011?..lamanya mak aii..

ape ek? hmm..

  1. My one and only abg dah kawin.Saya dapat kakal ipar yang super duper sporting.
  2. Kakak ipar saya keguguran 6 minggu..sedih..takpe usaha lagi..
  3. Banyak hala haru biru kat office yang serabutkan kepala..tak nak ambil serius sgt.
  4. Raya di kampung yang sgt happening. Tapi raya pertama demam..bosan!
  5. Ramai kawan-kawan sebaya mendirikan rumah tangga.
  6. Ramai kawan-kawan dah jadi mummy n daddy.
  7. Thaqif Ilham dah membesar bagai johan. 4th birthday celebration dia kat sekolah dia sgt meriah dengan goodie pack n kek ultraman yang besar.suka la budak tu..
  8. Tgh busy cari new property.
  9. Nak cari keje baru jugak.
  10. Berkawan sgt ramai tapi x sorang pn yg lekat. apa masalah? entah..
  11. Berholiday kat Macau - Hong Kong - China. April 2011.
  12. Bercuti n shopping ke Bandung. Oktober 2011.
  13. Saya dah gemuk semula.
  14. Mama dah pencen n masak sedap-sedap. Tak boleh nak control makan...hhhhwwwaaaaaa....
  15. Keje yang sgt bosan!
  16. nak cari keje part time la..
Oh macam-macam lagi..saya mahu aktif berblogging balik..hati sata banyak nak berkata-kata..mcm-mcm rasa dah ni..ini la medannya.

oh ya dh masuk bulan 11 tahun ni..puzzle tetap belum complete..haha

till then, bye..

Sunday, November 14, 2010

saya rindu nenek saya...

ada perasaan terburu-buru dlm diri ni...mungkin sebab faktor persekitaran yang terlalu mendesak...harap dapat atasi perasaan ni secepat mungkin...

maktok balik kampung..sebelum balik kampung dia ada call, bersembang lama jugak dengan dia..dia bgtau nak balik kampung sampai 22/11/2010..takpernah pulak maktok call bgtau dia nak balik kampung, tapi kali ni dia call..saja nak sembang la tu...tapi baru beberapa hari maktok kat kampung, mama cakap maktok sakit.maktok sesak nafas.2 kali dah gi hospital..tidur Wani pun mula terganggu lately ni..teringat kat maktok.Call maktok kat rumah mak chak (memang dia pesan kalau nak call maktok, call umah makchak.kalau maktok pegi umah toksu, dia suruh mintak no phone kat maksu)..sayu bunyi suara maktok..maktok kata dia sakit..dia tanya Wani doa tak untuk maktok?mesti la Wani doa..maktok tak pernah lupa doakan Wani sampai sekarang ni, takkan Wani boleh lupa doa kat maktok..mesti ada benda yang maktok fikir sampai sakit ni...harap-harap maktok dapat balik sini cepat..rindu kat maktok...rapatnya Wani dengan maktok...Wani yang nak rapat dengan maktok.Maktok seorang yang tenang..sampai saat ni pun maktok tetap priority untuk Wani...
Baru lepas call rumah mak chak tapi tak dapat cakap dgn maktok.mak chak cakap maktok baru je tido..dia sesak nafas lagi...Ya Allah sembuhkan lah penyakit maktok...