Monday, April 7, 2008

Exam SPA,Mama, Anniversary Maksu..

Jumaat 4/4/2008 Wani cuti. Saje amik cuti nak spend time ngan mama. Kebetulan mama pun cuti. Esoknyer 5/4/08 Wani ade Peperiksaan Khas Perkhidmatan Awam Gred 41 Tahun 2008. Wani kene amik kat Sekolah Menengah Pandan Indah. Konon-konon nan study sikit la utk exam tu tapi tak jadi ape. Sibuk layan Kimi sampai malam. Lepas maghrib Wani kene mandikan mama dengan air yang ustaz bagi. Masa lumurkan limau kat badan Mama hati Wani sayu. Sedih bila mama sakit. Dalam keadaan macam tu pun mama sibuk nak layan anak-anak lagi. Memang naluri ibu tu dekat dengan anak tapi Wani dah cakap kat Mama, anak-anak mama dah besar dah..Kiteorg adik beradik sebulat suara nak suruh amam check kat hospital. Andai kata mama kene admitted kami x kisah. Asalkan Mama sihat balik. Hari Selasa nanti Mama nak gi check. Wani nak buat yang terbaik untuk Mama.

Esoknyer pagi-pagi lagi dah keluar.Abah hantar gi amik exam tu. Start pukul 9.30 pagi. Tak tau la nak kate susah tak de la susah sangat. General knowledge ok la. Math kot yang x cukup masa.Biar lah.Dah amik pun. Ade rezeki ade la..

Ahad 6/4/2008, sebelum gi umah maksu for her 23rd wedding anniversary, bawak Ilham gi cukur rambut kat kedai gunting. Hehe mule2 Ilham x nangis pastu dah lame sikit die nangis terkejut kot. Dah botak kepala Ilham..Lps tu baru gi umah maksu. Makan2, sembang ngn cousin. Hanies dah makin besar. Dah nak masuk 2 bulan..Sampai petang jugak la balik umah. Dalam sembang-sembang tu ade jugak pesan kat mak njang ngan mak tok tolong advise mama untuk check up kat hospital. Insyallah mama lembut hati nanti. Balik dr umah maksu gi pulak lepak ngn Wawa kat Ikano.Makan steam boat.Pastu gi beli big apple. Sembang- sembang sampai umah pun dah kul 9 lebih. Bagi Kimi makan donut tu pastu isi minyak kete untuk gi keje esok ngn kimi and baru la rileks.. Sebelum tido gi rasa badan mama agak panas la. Mama demam malam. So kiteorg berjaga-jaga je. If anyting kiteorg nak anta mama gi hospital malam ni jugak.. Dah inform abah dah. Abah kate on je. Tapi alhamdulillah sampai pagi tadi reda dah..

Bila sibuk mcm ni rase seronok..I'm back on track i guess..Cheer up Wani..


Wednesday, April 2, 2008

Mama...

Sedih hari ni. Air mata tak henti bergenang. Mama sakit. Itu yang berlegar dalam kotak fikiran Wani. Ustaz kata mama kene lintasan angin ahmar. Masa dengar explaination abah tadi air mata terus jatuh. Sedih + terkilan sebab balik lambat semalam. Hari ni Mama gi IJN untuk check darah. Darah Mama tak stabil lagi. Kenapa banyak sangat ujian yang Allah turunkan untuk Mama. Yang lagi menyedihkan Mama taknak cite ape2 ngn Wani.Wani tau pun dari abah..Ya Alah dengarlah rintihan hambamu ini..Berikanlah kekuatan untuk hambamu ini terus menikmati hidup bersama Mama tersayang.Hanya Mama yang mengerti hati Wani.Mama la sumber kekuatan Wani.Mama juga yang mejadi inspirasi ketabahan selama ini..


Selamat Pengantin Baru Salina

Wani,Wawa,Salina and Adeq


Salina Zainal Abidin is one of my best friend. Dah pun selamat mendirikan rumahtangga. Dinikahkan pada 28/3/2008 (also her birthday) dan bersanding pada keesokan harinya. Wani gi ngan Wawa. Adeq (Laila) jadi pengapit.Cantik sangat Eina. Adeq pulak akan jadi isteri orang hujung tahun ni. Alhamdulillah.