Friday, January 13, 2012
Bidadari Syurga..Hani Humaira
Monday, January 9, 2012
Wilson Disease
Friday, December 30, 2011
Cerita Cinta saya..
Baru masuk UiTM. Ada boyfriend dah. Tapi dia lebih disayangi Illahi. Allah menjemput dia seawal umur dia 20 tahun pada tahun 2002. Dia accident dan meninggal de tempat kejadian. Dia dilanggar oleh bas Metro masa nak hantar santan kat rumah customer lepas sahur masa bulan puasa. Dia penyayang. Tapi Allah lebih sayang dia..
Semoga roh arwah Fadzil Hisyam ditempatkan di kalangan org yang beriman...
Amin
January 2006 - February 2008
Bercinta dgn budak office. Sbnrnya kenal dia masa keje part time kat office ni lagi. Saya admit kesalahan saya. Masa tu dia dh ada girlfriend n dah 14 tahun dia kawan sejak dari zaman sekolah. Tapi dia luahkan isi hati dia yang dia dh tak boleh nak teruskan dengan girlfriend dia dan dia pilih untuk bersama saya. Walaupun saya tahu susah untuk dia lepaskan girlfriend dia tapi hati ni dah letak satu harapan. Seandainya saya dengan dia, saya adalah insan paling bahagia.
Tapi saya terpaksa terima hakikat yang harapan saya tu hanya harapan bodoh. Walaupun saya ada dengan dia seminggu 5 hari bekerja dari 8am-8pm, tapi saya tak mampu untuk buat dia pilih saya untuk jadi teman hidup dia. Dia pilih untuk bersama dengan girlfriend dia.
Dia dah bahagia sekarang. Dah ada 2 org anak pun.. Semoga dia terus bahagia.
Jun 2008 - Disember 2008
Saya berkenalan dengan seseorang. Umur dia setahun muda. Dia jaga saya dengan baik. Banyak kebaikan dia yg saya nampak. Tapi Allah maha mengetahui. Allah tunjukkan disebalik kebaikkan dia siapa dia yang sebenarnya. Dia adalah seorang penipu. Dia buat business tapi business dia sebenarnya dia tipu duit orang. Berpuluh ribu jugak..Thanks to one of his friend for let me knoe all this..
Terima Kasih Allah..
January 2009 - November 2011
Ok saya kenal dia secara tak sengaja. Dia seorang yang sangat baik dipandangan mata saya. Dia pernah melawat mama masa sakit kat hospital. Tak pernah sekali pun saya rasa curiga dengan dia. Sebaik-baik manusia la..Selalu kalau kena try dgn suami org, saya dapat detect tapi dia ni tak. Boleh kata selalu jgak jumpa dia. Siap dtg office saya lunch kat sini. Dia selalu cerita psal family dia.
Jenis saya tak suka memaksa jadi saya biarkan hubungan ni. Mungkin bila sampai masa, dia akan akhiri hubungan ni dengan cara terbaik. Tapi saya silap. Hubungan ni berakhir selamanya..Saya terima call dari seseorang yang mengaku dia isteri kepada lelaki ni..Dah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan dah dikurniakna seorang anak lelaki berusia 2 tahun..
Tak ada perkataan yang mampu diluahkan..Hanya doa mengiringi semua yang pernah ada dlm hati saya..
Allah maha mengetahui sesuatu yang terjadi. Untuk tahap ini, saya berserah. Hanya hati yang menyimpan rasa. Tak mampu meluah. Segala sesuatu yang terjadi itu adalah ketentuan.
Hmm.. berakhir tahun 2011 esok. Selamat datang 2012 yang pasti mencatat seribu satu cerita..
Semoga semua yang saya sayang itu berada dalam jalan cerita hidup mereka yang terbaik.. Saya akan biarkan rasa itu hanyut sehingga sampai masanya..
Sunday, November 27, 2011
Hijabku..Hijrahku..
Kembali semula dengan semangat baru.Awal Muharam is all about 'penghijrahan', 'hijrah' dan 'pengorbanan'Setiap manusia mengimpikan satu perubahan. Titik mula susah la sikit nak mulakan tapi kena nekad.
Sebenarnya hijrah Wani untuk berhijab bukan ikut trend. Tidak sama sekali. Dulu Wani mmg berhijab tapi atas kekhilafan sendiri saya mengingkari niat saya sendiri.Saya berdosa.
Sebelum Macau holiday trip saya dgn mama and makcik2 and cousin, saya dh beli sekodi tudung selendang. Kenapa? Masa tu tak tau kenapa. Tapi yg pasti sebab murah dan tudung jenis tu yg Wani pakai masa belajar dulu.
Masa dekat Macau, kami cross Hong Kong dan China juga. Masa di satu trade zone China, nama tempat shoppin tu Zhuhai. Makcik n Mak Njang saya masuk jalan2 dlm tempat shopping tu. Masa tu Wani n mama tak jalan jauh ke dalam sgt sbb kaki mama dh bengkak. Balik dr shopping tu, Makcik cerita yang diaorg kene gelak masa shopping tadi. Kenapa? sebab Makcik n Mak Najang pakai tudung. Kelakar sgt ke? Nampak sgt diaorg tak suka Muslim.
Balik dr Macau, trip selama 5 hari tu banyak buat wani berfikir. Entah kenapa kali ni Wani betul2 tersentak. Lepas habis cuti, nak naik keje balik Wani bangun awal pagi tu, amik selendang dan lilit.Terus turun bawah sampai mama and abah tekejut. Nekad dalam tidur kot. Masa tu maka official la saya berhijab dan itu la hijrah kecil saya..Alhamdulillah..
Saya akan terus berhijrah dari semasa ke semasa. Dari biasa ke sempurna, Dari buta kepada celik. Dari terbuka menutup semua.
Saya berazam untuk menajamkan semula baccan Al Quran, lengkapkan solat, buang perangai buruk, kawal emosi, kurangkan bercakap lebihkan berfikir, sisih syak wasangka dan memberi peluang kepada yang hak..Semoga azam dan amalan saya diterima. Saya akan terus berdoa...
amin ya rabbal al amin..
Monday, February 4, 2008
It's over again...
“Ya Allah sekiranya dia bukan ditakdirkan untukku,jauhkanlah dirinya dariku,hilangkanlah dirinya dari ingatan ku,jauhkan lah segala kenangan kami bersama..Kuatkan hati hambamu ini untuk menerima ujianmu ini,kurniakan lah kesabaran seperti kesabaran isteri-isteri nabi..”
Semoga mimpi ngeri ini tidak akan berulang lagi dalam episod hidupku..
Segala-gala mengenai aku dan ‘dia’ sudah berakhir..’Dia’ akan menemui kebahagian..Wani? Back to basic..Walaupun dah waste time about 2 years, tapi Wani masih bersyukur sebab benda berlaku sekarang.Mungkin ‘dia’ bukan yang terbaik untuk Wani..Tapi Wani tak salahkan ‘dia’.Apa yang terjadi semua dah tertulis.Untuk ‘dia’ Wani tau ‘dia’ sedar keadaan sekarang dan Wani doakan ‘dia’ bahagia..Selamat Pengantin Baru…Allah maha adil..andai hari ini Wani diuji dengan kekecewaan mungkin titis kebahagian akan hadir dalam hidup Wani tak lama lagi..Wani ada banyak benda nak fikir..Wani dah letak future & career as priority..Love? biarkan ianya hadir sendiri dalam hidup ni…Yang Wani tahu, Allah maha adil,maha mengetahui..
The end story of AFAS 2006 -2008