Friday, December 30, 2011

Cerita Cinta saya..

2001-2002

Baru masuk UiTM. Ada boyfriend dah. Tapi dia lebih disayangi Illahi. Allah menjemput dia seawal umur dia 20 tahun pada tahun 2002. Dia accident dan meninggal de tempat kejadian. Dia dilanggar oleh bas Metro masa nak hantar santan kat rumah customer lepas sahur masa bulan puasa. Dia penyayang. Tapi Allah lebih sayang dia..

Semoga roh arwah Fadzil Hisyam ditempatkan di kalangan org yang beriman...

Amin

January 2006 - February 2008

Bercinta dgn budak office. Sbnrnya kenal dia masa keje part time kat office ni lagi. Saya admit kesalahan saya. Masa tu dia dh ada girlfriend n dah 14 tahun dia kawan sejak dari zaman sekolah. Tapi dia luahkan isi hati dia yang dia dh tak boleh nak teruskan dengan girlfriend dia dan dia pilih untuk bersama saya. Walaupun saya tahu susah untuk dia lepaskan girlfriend dia tapi hati ni dah letak satu harapan. Seandainya saya dengan dia, saya adalah insan paling bahagia.

Tapi saya terpaksa terima hakikat yang harapan saya tu hanya harapan bodoh. Walaupun saya ada dengan dia seminggu 5 hari bekerja dari 8am-8pm, tapi saya tak mampu untuk buat dia pilih saya untuk jadi teman hidup dia. Dia pilih untuk bersama dengan girlfriend dia.

Dia dah bahagia sekarang. Dah ada 2 org anak pun.. Semoga dia terus bahagia.

Jun 2008 - Disember 2008

Saya berkenalan dengan seseorang. Umur dia setahun muda. Dia jaga saya dengan baik. Banyak kebaikan dia yg saya nampak. Tapi Allah maha mengetahui. Allah tunjukkan disebalik kebaikkan dia siapa dia yang sebenarnya. Dia adalah seorang penipu. Dia buat business tapi business dia sebenarnya dia tipu duit orang. Berpuluh ribu jugak..Thanks to one of his friend for let me knoe all this..

Terima Kasih Allah..

January 2009 - November 2011

Ok saya kenal dia secara tak sengaja. Dia seorang yang sangat baik dipandangan mata saya. Dia pernah melawat mama masa sakit kat hospital. Tak pernah sekali pun saya rasa curiga dengan dia. Sebaik-baik manusia la..Selalu kalau kena try dgn suami org, saya dapat detect tapi dia ni tak. Boleh kata selalu jgak jumpa dia. Siap dtg office saya lunch kat sini. Dia selalu cerita psal family dia.

Jenis saya tak suka memaksa jadi saya biarkan hubungan ni. Mungkin bila sampai masa, dia akan akhiri hubungan ni dengan cara terbaik. Tapi saya silap. Hubungan ni berakhir selamanya..Saya terima call dari seseorang yang mengaku dia isteri kepada lelaki ni..Dah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan dah dikurniakna seorang anak lelaki berusia 2 tahun..

Tak ada perkataan yang mampu diluahkan..Hanya doa mengiringi semua yang pernah ada dlm hati saya..

Allah maha mengetahui sesuatu yang terjadi. Untuk tahap ini, saya berserah. Hanya hati yang menyimpan rasa. Tak mampu meluah. Segala sesuatu yang terjadi itu adalah ketentuan.

Hmm.. berakhir tahun 2011 esok. Selamat datang 2012 yang pasti mencatat seribu satu cerita..

Semoga semua yang saya sayang itu berada dalam jalan cerita hidup mereka yang terbaik.. Saya akan biarkan rasa itu hanyut sehingga sampai masanya..

1 comment:

CIK NANA said...

Salam Wani.

First of all, sorry to know that.
Tapi I just want you to move on, and live the life.
Do not dwell on the past. Apa yang jadi, dah jadi.
Boleh belajar dari pengalaman.
Jodoh itu kat tangan Allah, bukan kat tangan manusia, bukan juga kat tangan kita. :)

Percayalah, kadang-kadang bila kita tak 'mencari', cinta pula yang 'cari' kita. (=_=)

Skang, fokus dengan family, kerja, hobbies.. etc that u love most.

I pray, one day u'll find the one. The one that can be a shoulder to cry on, the one that can be there forever.. Insya Allah, Amin.

Love,
Kakcik.