Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Bidadari Syurga..Hani Humaira



Assalamualaikum,

12.1.12 perginya bidadari syurga dijemput Illahi. Hani Humairah telah kembali ke rahmatullah jam 1.55.pm di dalam pangkuan Intan Liana dan Firdaus. Hani menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Selayang selepas  berjuang melawan penyakit Banyak komplikasi yang berlaku dalam tubuh Hani.Virus dan merebak ke otak, ada bakteria dalam darah dan tubuh si kecil ini kuning sangat. Sebak melihat Hani yang hanya disokong mesin diseluruh tubuh. Hani terpaksa ditidurkan sepanjang berada di ICU bagi membolehkan ubat masuk ke dalam tubuh Hani. Hani pergi dengan sendirinya. Perancangan doktor untuk mencabut mesin-mesin yang ada pada Hani tidak perlu dilaksanakan. Selama 3 jam Hani dipangku, segala yang tertulis oleh Nya terjadi juga. Hani menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan Intan dan Firdaus.

Bagi Intan, redha dan pasrah. Seharusnya Intan menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Namun Intan adalah seorang ibu. Hani anak yang cergas.Baru nak pandai bercakap tiba-tiba terlantar tanpa sepatah kata, belari kesana sini tiba-tiba terbujur kaku. Hati ibu mana tidak luluh.Mengharapkan keajaiban Allah mengatasi segala. Setiap hari Intan bercakap dengan Hani walaupun tubuh si kecil ini mungkin mendengar tanpa jawapan. Intan sikat rambut Hani, ikat sekemas-kemasnya, bedakkan Hani walaupun tenggelam warna bedak dengan kuning badan Hani. Ya Allah tabah sungguh hati Intan.. 

" Hani, Hani pergi lah nak. Mummy redha. Mummy lepaskan Hani pergi. Jaga diri baik baik yer nak. Tunggu Mummy kat sana. Mummy akan rindu Hani. Mummy sayang Hani.."

" Hani nak mummy baca doa tidur untuk Hani?"

Namun Allah maha mengetahui setiap sesuatu. Setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Intan dan suami diuji sehebat ini. Bukan kerana Allah tak sayang tetapi kerana Allah memilih yang terbaik untuk diletakkan ke dalam SyurgaNya.

Melihat semua gambar-gambar milik si cilik ini, luruh hati. Tangis kita tak sama dengan tangis Intan dan Firdaus.Sunyi kita tak sama dengan sunyi Intan dan Firdaus. Rindu kita tak sama mcm Intan dan Firdaus.        " Intan dah beli banyak baju Hani masa gi Indonesia hari tu. Kain baju raya Hani pun dah beli . Ingat nak tempah baju kebaya untuk Hani." impian seorang ibu yang terpaksa mengalah dengan qada dan qadar Allah.

Hani tak nak mummy dan daddy sambut ulangtahun ke 2  Hani pada 3.3.2012 ni tapi Hani pergi meninggalkan semua pada hari ulangtahun kelahiran adik kembar Intan iaitu makcik Hani - Elin & Eliz. Pasti tarikh keramat ini akan diingati oleh seluruh keluarga ini.








Selamat sampai ke Jannah sayang. Walaupun Aunty tak rapat dengan Hani, tapi aunty tahu Mummy dan Papa Hani dan buat sehabis daya untuk selamatkan Hani. Berdoa untuk mereka sayang. Tunggu mereka di sana.




Semoga Intan dan Firdaus tabah melalui hari mendatang. Pasti ada hikmah tersembunyi dari apa yang berlaku. Sahabat-sahabat sentiasa berada bersama kalian. Walaupun tiada disisi, doa kami terus dipanjangkan untuk kalian.

Semoga roh Hani dicucuri rahmat..Amin..

Wednesday, January 4, 2012

Cuti yang sibuk

Busy sungguh tolong Abg Arie and Ida pindah barang ke rumah sewa diaorang. Dekat je kat Taman Gemilang, Pinggiran Baru Caves. Kebetulan rumah tu jiran lama kami Pak Cik Aziz punya. Dah 2 bulan rumah tu tak ada org duduk.So dia offer la kat Abg Arie. Tak payah nak deposit-deposit bagai duduk je la terus.

Banyak jugak yang kena buat balik. Mengecat,beli barang,pindah barang buat cuti-cuti kami adik beradik sibuk sangat. Senang ada adik beradik ramai ni. Alhamdulillah makin lengkap rumah tu.

Abg Arie n Ida pun dok usung Wani kehulu hilir beli barang. Teman diaorag beli barang sibuk sana sibuk sini buat rasa nak beli umah jugak.At least tak la sunyi sgt. Thanks la kat diaorang yang sanggup bawa saya tolong sikit-sikit apa-apa yg patut.

Thanks jugak kat Abang Along n Abg Atoy yang banyak tolong pembikinan semula rumah tu..Suka sangat. Tak lama lagi diaorg dh boleh mulakan hidup baru. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka..

Thanks la abg arie, dah besar-besar ni rapat pulak kita kan..Ada pun sorang je Abang pun..Kadang-kadang bercerita,mengadu nasib sekarang semua dh boleh cerita dgn Abg Arie. Tak sempat nak jumpa BBM pun boleh..

Walaupun hidup sunyi tapi adik beradik segala-galanya yg buat hidup busy sangat.

Alhamdulillah segalanya.

Friday, December 30, 2011

Cerita Cinta saya..

2001-2002

Baru masuk UiTM. Ada boyfriend dah. Tapi dia lebih disayangi Illahi. Allah menjemput dia seawal umur dia 20 tahun pada tahun 2002. Dia accident dan meninggal de tempat kejadian. Dia dilanggar oleh bas Metro masa nak hantar santan kat rumah customer lepas sahur masa bulan puasa. Dia penyayang. Tapi Allah lebih sayang dia..

Semoga roh arwah Fadzil Hisyam ditempatkan di kalangan org yang beriman...

Amin

January 2006 - February 2008

Bercinta dgn budak office. Sbnrnya kenal dia masa keje part time kat office ni lagi. Saya admit kesalahan saya. Masa tu dia dh ada girlfriend n dah 14 tahun dia kawan sejak dari zaman sekolah. Tapi dia luahkan isi hati dia yang dia dh tak boleh nak teruskan dengan girlfriend dia dan dia pilih untuk bersama saya. Walaupun saya tahu susah untuk dia lepaskan girlfriend dia tapi hati ni dah letak satu harapan. Seandainya saya dengan dia, saya adalah insan paling bahagia.

Tapi saya terpaksa terima hakikat yang harapan saya tu hanya harapan bodoh. Walaupun saya ada dengan dia seminggu 5 hari bekerja dari 8am-8pm, tapi saya tak mampu untuk buat dia pilih saya untuk jadi teman hidup dia. Dia pilih untuk bersama dengan girlfriend dia.

Dia dah bahagia sekarang. Dah ada 2 org anak pun.. Semoga dia terus bahagia.

Jun 2008 - Disember 2008

Saya berkenalan dengan seseorang. Umur dia setahun muda. Dia jaga saya dengan baik. Banyak kebaikan dia yg saya nampak. Tapi Allah maha mengetahui. Allah tunjukkan disebalik kebaikkan dia siapa dia yang sebenarnya. Dia adalah seorang penipu. Dia buat business tapi business dia sebenarnya dia tipu duit orang. Berpuluh ribu jugak..Thanks to one of his friend for let me knoe all this..

Terima Kasih Allah..

January 2009 - November 2011

Ok saya kenal dia secara tak sengaja. Dia seorang yang sangat baik dipandangan mata saya. Dia pernah melawat mama masa sakit kat hospital. Tak pernah sekali pun saya rasa curiga dengan dia. Sebaik-baik manusia la..Selalu kalau kena try dgn suami org, saya dapat detect tapi dia ni tak. Boleh kata selalu jgak jumpa dia. Siap dtg office saya lunch kat sini. Dia selalu cerita psal family dia.

Jenis saya tak suka memaksa jadi saya biarkan hubungan ni. Mungkin bila sampai masa, dia akan akhiri hubungan ni dengan cara terbaik. Tapi saya silap. Hubungan ni berakhir selamanya..Saya terima call dari seseorang yang mengaku dia isteri kepada lelaki ni..Dah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan dah dikurniakna seorang anak lelaki berusia 2 tahun..

Tak ada perkataan yang mampu diluahkan..Hanya doa mengiringi semua yang pernah ada dlm hati saya..

Allah maha mengetahui sesuatu yang terjadi. Untuk tahap ini, saya berserah. Hanya hati yang menyimpan rasa. Tak mampu meluah. Segala sesuatu yang terjadi itu adalah ketentuan.

Hmm.. berakhir tahun 2011 esok. Selamat datang 2012 yang pasti mencatat seribu satu cerita..

Semoga semua yang saya sayang itu berada dalam jalan cerita hidup mereka yang terbaik.. Saya akan biarkan rasa itu hanyut sehingga sampai masanya..

Monday, December 26, 2011

Bad Feeling

Hye,

bulan Disember..penutup tahun 2011 ni mcm2 halangan dan cabaran datang..

Kerja?

Yup, since OSA dapat balik hak untuk menguruskan permohonan negeri Selangor, tapi tak sama mcm dulu. Ada option yg boleh dipilih client. so OSA tak ada exclusivity lagi. Tambah pulak dengan karenah PBT dan client (telco) yang macam2 tu buat penghujung tahun ni jadi haru biru..Tetibe nak ada mild athma, stress, tension, pressure .. adoi la..migrain pun dh mula buat perangai.. berat hati ni cakap OSA dh tak boleh survive.. Tapi kami tetap usaha untuk dapatkan ynag terbaik. Kalau tak dapat jugak, bukan rezeki kami la..

Kak Linda, one of staff from Project Department had resigned. Dia ikut suami dia balik Kuantan dan kerja kat sana.. so selamat berjaya Kak Linda.

My clerk, Hani pun resigned jugak. This week last. Besar kesan kalau takde support staff ni. Mmg kelam kabut sikit la keje.Tapi Hani dah decide nak joint one of  Telco - YTL which her sister is also working there.hmm dah rezeki dia kat sana and its good career development for her. Jadi terpaksa la berhempas pulas balik menguruskan saki baki keje yg tak penah habis.

serabut kan..

Oh ya, i am also feel dissapointed with the statement below;

" tu la, masa bercinta tak nak cerita kat orang, dah putus baru nak bgtau orang.." 

Ok that statement is through to me by someone. Ok la kalau pendapat masing-masing berbeza.. normal.

Kalau saya bercinta lepas ni pun tak akan ada sesiapa yg tahu OK! cukup sekadar mama,abah and sdik beradik. Bukan nak canang satu kampung pun. Kalau dh jadi baru bgtau kat family lain. So tak yah la keluarkan statement tu kat mana-mana family Ahmad Zaki n Zahimi. Jelak la.. Bukan jenis show off pun kami ni. Maklum la family kami biasa-biasa jer.

Kalau ditakdirkan tak ada cinta pun, saya tetap bersyukur. Bukan tolak takdir, bukan jual mahal, bukan tak usaha. Tapi pengalaman yang ada ni banyak mengajar untuk berhati - hati dgn makhluk bernama lelaki..PLus jangan sesuka hati nak cerita apa-apa kat sape-sape lagi dah lepas ni.

mungkin habis semua cerita sedih, suka, duka, menangis, merajuk, sentap sana-sni untuk tahun 2011..nak melangkah sebagai ummah yang lebih bersemangat untuk tahun 2012..

Doa yang terbaik utk semua..

Amin..

typo here and there.. not in mood.. sorry

Thursday, December 1, 2011

Coretan Saya..

Mac 2008 berakhir cerita cinta dulu..

in between Mac 2008 sampai Disember 2008 tempoh berkawan, putus, kawan baru, putus lagi..sampai 24 Januari 2009. Jumpa seseorang yg menyenangkan hati, cukup ciri-ciri lelaki idaman. Mama, Abah n adik beradik dh penah jumpa pun. Siap lawat mama kat hospital masa mama sakit lagi. Idamankan?...

Lepas 3 tahun, 21 November 2011, satu sms merungkai segalanya..dia SUAMI orang - Azira Nizar dan bapa kepada seorang anak lelaki - Radin Mohd Iskandar.

2006 - 2008 dan 2009 - 2011..buang masa kan?..

Mungkin ini takdir dan penentu. Untuk mulakan semula mungkin tidak. Hanya menunggu ketetapan Allah..

Kalau mereka bahagia di saat org lain berduka, mungkin mereka silap. Allah tidak sentiasa memberi kesenangan dan kebahgiaan kepada mereka.

Disaat mereka bahagia, mereka juga tidak akan terhalang dari di uji kebahagiaan mereka.

Untuk menyimpan dendam dan mendoakan kecelakaan tidak sama sekali. Mereka yang pilih jalan tersebut. Saya doakan mereka terus bahagia..

Saya?..Masa yang akan menentukan segalanya..

Amin..

Tuesday, November 29, 2011

Bersabarlah Wahai Hati

Artikel ni dikongsi oleh Yal (Azril Faizal) khas utk kakaknya yang sedang berduka;


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;
"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat. [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah;
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi;
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".

Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.


Amin ya rabb.. 

Ujian Allah

I'm not gonna complete the puzzle by myself. I will broke everythings..

Aku terus diuji lagi. Kali ni dgn insan yg dah hampir 3 tahun aku kenal dan hari ni ada satu sms yg merungkai segalanya. Dia suami org..Yes! Dia suami orang..Again? Yes saya buang masa lagi..

Kenapa la senang sangat kena tipu ni Cik Wani?..

Sedih, menangis...mungkin ini jalannya yang saya perlu lalui.Sampai bila? Biarlah masa yang menentukan.

Tahniah kepada insan-insan yang berjaya buang air mata saya.

Saya tak mampu nak teruskan perjalanan ni. Jujur saya mengalah dgn semua ni. Saya tak setabah yang disangka.  Cukup lah dgn anak2 sekeliling yang mampu buat saya senyum. Saya rasa itu lah punca kebahagiaan saya. Saya tak mahu yang lain.

Thursday, April 22, 2010

Luahan..

Yes blog ni adalah untuk luahan perasaan saya..saya suke menulis sebagai salah satu channel untuk membuat luahan..saya tertekan, gembira, sedih, terkilan, teruja, menyesal dan segalah macam perasaan saya abdikan kat sini..so kalau nak baca silakan..kalau tak nak, tolong jgn bukak langsung...

Minggu yang sangat sibuk..banyak mesyuarat kene attend..yes i am incharge of 2 new staff..They are 'abang' due tu umur yang melebihi saya..dengan segala hormatnya pangkat abang saya sematkan di depan nama mereka..Mereka baru jadi banyak benda yang perlu didedahkan dan diajar..saya bukanlah seorang leader..dan saya tidak layak bergelar leader...tapi dah diamanahkan kepada saya kerana mereka kata saya seorang 'senior'...maka saya terima..saya leader kepada 2 orang abang..maka kemungkinan mereka tidak mendengar kata saya adalah tinggi......DAN...inilah yang sedang terjadi..kerja banyak pending, filing x buat lgsg, update data x reti, surat menyurat miss out, salah format, report x buat in fact x reti buat walaupun dah diajar berulang kali..dah la x reti x nak tanya pulak tu..buat keputusan sendiri...dan macam-macam lagi...saya sudah surrender...dah maklumkan kat bos melalui SMS tapi tiada balasan diterima..dan kesudahnya ialah saya kebelakangan ini pulang rumah selepas waktu bekerja lewat sehingga pukul 10 malam...berbaloi kah?...tidak sama sekali..tapi demi memastikan kerja-kerja harian tidak tertunggak..maka saya mengalah...

Bosan dengan kerja macam ni...melayan keadaan ni buat saya selalu migrain..mood x stabil..Bos? xnak layan saya ..dia nak menguji saya mungkin..saya terumbang ambing..segalanya perlu on time..saya tertekan ...menangis? yer saya menangis bukan untuk minta simpati tetapi saya tertekan...situasi kerja yang memberi tekanan ni sedikit sebanyak buat saya leka tanpa memikirkan kesihatan diri saya...kalau mungkin ni dugaan dari bos ..saya mohon tempat untuk bergantung nasihat..saya perlu kekuatan..terlalu cepat saya diberi tanggungjawab sebesar ini...tak ada yang akan mendengar selain hati ini yang merintih sendiri...biarlah luahan ini terabdi di sini sahaja...

Ya Allah mudahkan lah segala urusan hambamu ini..segala ujian dan dugaan mu adalah untuk memberikan ku satu nikmat untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan...

Semoga segala urusan ini dipermudahkan dan kekuatan akan selamaya bersamaku...