Monday, June 7, 2010

Prinsip..Wajarkah menuruti prinsip orang?..

sejak mengenal erti kemanusiaan maka tersusunlah prinsip hidup..
dari sekolah lagi cikgu dah menjalankan tugasan sebagai pendidik sewajarnya dan dalam pada yang sama mereka telah menanamkan sesuatu dalam diri pelajar iaitu prinsip hidup..

dari prinsip hidup maka terbentanglah suatu percaturan..masa depan + kerjaya + pemikiran +pegangan +keperibadian dan kepentingan..Pernah tak kita diajar untuk menuruti prinsip manusia lain @ kita diasuh untuk berpegang teguh pada prinsip kita?..pernah tak kita dibisik untuk memegang prinsip manusia lain sedangkan kita mempunyai prinsip hidup kita sendiri?..itu persoalan yang bermain di kotak pemikiran saya ketika ini..

saya dipersoal kan untuk mengikut prinsip seorang yang menggelarkan dirinya sebagai pemimpin..(tetapi bukan ahli keluarga)..wajarkah saya menuruti?..adakah saya melanggar prinsip beliau jika saya tidak menuruti arahan yang juga dikatakan sebagai prinsip hidup beliau?..

saya sedar aurat itu adalah tanggungjawab bersama untuk ditegur tetapi adakah dengan cara paksaan atau arahan?..saya tahu erti aurat, saya peka dengan agama, saya terang dengan hukum..tetapi adakah saya perlu memenuhi arahan seseorang demi untuk menjaga reputasinya kepada org lain?..

bingung kan..

aah saya sedang runsing..saya tidak mahu melanggar prinsip hidup saya..saya tidak mahu mengguris sedikitpun prinsip yang saya pegang selama ini...saya adalah hidup saya..berjalanNya saya dimuka bumi ni bermakna saya telah di amanahkan dengan diri saya sendiri untuk membentuk diri saya..tanpa perlu saya diarahkan tanpa perlu saya dikerah untuk itu..

kesediaan saya adalah tanggungjawab saya sendiri untuk laksanakana..
teguran adalah peringatan tetapi arahan adalah kerahan...
hentikan..
saya tetap dengan pendirian saya..

maafkan saya andai saya menekankan sesuatu yang mungkin tidak boleh diterima akal beliau..tetapi berpegang pada prinsip diri sendiri maka anda yakin dengan pendirian anda..
 

Kerja itu suatu ibadah

Kerja itu suatu ibadah yang perlu dilaksanakan sebaiknya..Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan hamba kepada Allah. Ibadah memberikan kesan yang mendalam di dalam perhubungan sesama manusia dengan Allah dan makhluk yang lain. Menurut pandangan ulama’, ibadah merupakan setiap seuatu yang disukai dan diredhai oleh Allah.

Tuntutan Penting Dalam Menjadikan Kerja Sebagai Ibadah
1. Niat Ikhlas Kerana Allah
Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.
2. al-Sidq (Benar)
Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :
Ø Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya
Ø Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah
Ø Benar pada azam – Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam
Ø Benar pada janji dan benar pada amal – Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.
3. Amanah
Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.
4. Fatanah (Bijaksana)
Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuashatian tidak bertempat, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.