Tuesday, November 6, 2012

Tonsillitis @ Tonsillectomy Surgery

Selepas 2 tahun berulang sakit, buat satu keputusan yang terbaik untuk kesihatan diri iaitu Tonsillectomy Surgery. Lepas fikir panjang dan nasihat doktor pakar ENT di PPUM, doktor bagi tarikh 23/10/2012 (sehari lepas birthday Abg Arie) untuk daftar masuk wad dan 'procedure' akan dilakukan esoknya 24/10/2012.

Sebelum pukul 8am 23/10/2012 dah sampai dan register wad, so kena stay di ENT Department, Bangunan Menara Timur, Wad 7TD, Katil 5.Tukar uniform hospital warna pink tau!..Lepas jumpa doktor yang incharge wad, Dr Syisyi untuk penerangan,ambil darah,Q & A, kemudian jumpa pula doktor pakar bius Dr Foo Li Lian. Dr Foo terangkan cara dan kesan bius sepanjang pembedahan berlangsung.(nasib bius tido tak sedar apa)..Mula puasa pukul 2am 24/10/2012.Doktor pesan suruh beli aiskrim dan simpan dalam peti ais nurse.So adik-adik datang petang tu dah beli dah 4 batang ais krim Tropicana Lime untuk stok lepas pembedahan.

 Pusat Perubatan Universiti Malaya

 Uniform Pink!



24/10/2012 - pukul 2am dah puasa.6am bangun mandi, solat dan tunggu arahan seterusnya.Ikut jadual pembedahan ENT, Wani patient no 3. Pukul 8am Dr Syisyi datang pasang branular, makan ubat tahan muntah dan bersiap ke bilik pembedahan.Pukul 9.45am dah naik atas katil ditolak ke blik pembedahan.Cuak sebab selalu tengok drama melayu, masa tolak katil tu lau je nampak celing hospital,masuk lif, keluar lif sampai ke kawasan menunggu luar bilik pembedahan.Ya Allah, istighfar tak habis-habis.Memang cuak tapi untuk kesihatan diri redha kan je.Pukul 11.30am procedure pembedahan pun berlaku. Wani cuma sedar masa mulut dan hidung ditekup benda apa tah tak sampai 30 saat dan hanyut..

  Branular set up


Kemudian Wani disedarkan pukul 340pm. Nurse tanya sakit tak? Jawapanya ialah nangis..Mmg sakit yang teramat sebab rasa sesuatu yang pedih dalam tekak.Telan air liur pn sakit. So kena tunggu lagi sejam 2 kali jab ubat tahan sakit baru naik wad semula tapi kali ni ditempatkan di wad pemerhatian (observation ward).Memang susah nak bercakap,telan air liur,makan, minum..so harap kat drip air je la.Oksigen pun dimasukkan melalui tiub ke hidung sebab ada kesukaran menafas.

Doktor nasihat cuba makan dan gerak kan mulut sebanyak mungkin untuk elakkan kawasan yang dibedah mati/dijangkiti virus.Sebab sakit (+manja kot) 3 hari drip air je.Tapi ada juga minta mama bawak milo 3 in 1 dan roti selain bubur.Cuba makan untuk kenyangkan perut walaupun sikit.

25/10/201 -  Keadaan masih sama takut segala benda.Cuma cuba minum milo sikit dan makan roti dan makan bubur mama yang dah dikisar halus mcm bubur bayi..Tukar branular 2 kali dari tangan kanan ke tangan kiri..Sakit..

Tukar tangan

 Teman setia sepanjang seminggu..Muak dah rasa.

 Tidur tak nak fikir sakit

26/10/2012 -  Hari Raya Aidiladha. Doktor buat rondaan dan bagi nasihat."U can go home only if u can eat. U try eat today and will decide to release u home today." Memang psycho duduk hospital.Macam-macam penyakit. Dah la hari raya,dengar takbir dalam hospital. Tangan drip air bengkak. Sakit yang teramat.Kuatkan hati makan jugak bubur hospital walaupun lambat. Mama dtg dengan adik-adik pakai baju raya..Waaarrrggh! nak nagis rasa..Aiman cakap " Lain rasa raya kali ni sebab tak dengar Kak Wani membebel.."  eerrk..ok itu trademark..saya suka membebel pagi raya sbb adik-adik bujang saya degil yang teramat!..

Lepas 3 jam cuba makan bubur, surut la setengah mangkuk dan nurse bagi feedback baik dekat doktor. Finaly doktor said "Ok u can discharge today tapi kalau u demam,selsema, sakit kuat di bahagian tekak atau u ada rasa sesuatu di bahagian tekak,u kena datang terus ke emergency hospital kerana mungkin ada infection kesan lepas pembedahan"..

"Baik doktor"..muka ada senyum.

Settle all bill and discharged.

Info :
  1. Lepas pembedahan kena makan makanan sejuk - jelly,aiskrim, makanan lembut - bubur,sup.
  2. Elakkan makanan/minuman panas.
  3. Jaga kesihatan/kebersihan mulut.
  4. Kena jaga kesihatan diri sendiri sebab fungsi tonsil ialah menapis bakteria dari masuk ke bahagian dalaman organ badan.Jadi bila dah remove tonsil maka kena extra care la.Jaga makan, minum, cuaca.
  5. Tonsil infection boleh membawa kepada kanser.
Terima ksih yang teramat kepada doktor dan nurse serta team yang bertugas di bilik pembedahan PPUM.Alhamdulillah semakin pulih sekarang ni. Cuma selsema dan demam sikit.

Thanks to semua yang datang melawat especially maksu yang tak pernah gagal datang melawat Wani masa sakit. Thanks juga kat family - mama yang masak dan berdoa untuk akak, Abang Arie & Ida sebab tolong jaga Aqeef, adik beradik yang tak henti-henti tanya khabar, saudara mara dan kawan-kawan yang mendoakan dan comment melalui  SMS,FB and Twitter.

Aqeef menyelinap masuk walaupun kanak-kanak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk. "I dont care!..Hi ibu.."


"Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]"

"Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
"

"Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
"

Semua hospital bill dibayar sendiri tanpa insurans. Sedang berfikir untuk terminate insurans ni sebab tak nampak benefit langsung sepanjang 3 tahun polisi berjalan.








Thank you Allah untuk sakit dan sembuhku.

Happy birthday Arie Fahmi!