Friday, October 30, 2009

coretan pemikiran..

ianya adalah sebagai sebuah panduan...

ku isi hari-hari dengan cerita,
menghiasinya dengan perasaan,
mengalunkan pemikiran,
merumuskan segalanya untuk dibawa keesokkannya..

meniti ke hari baru,
meninggalkan semalam sebagai pengalaman dan kenangan,
membisikkan kekuatan,agar jangan diulangi kesilapan semalam,
memperbaiki setiap kekurangan,
menghiasi peribadi idaman,
mengharapkan satu pengharapan,
mempercantikan setiap langkah ke hadapan,
mencatur masa hadapan,
semua ini adalah normal untuk seorang insan.

Kadang kala mulut terlepas perkataan,
menyakitkan,merunsingkan dan kadang kala mengguris kati insan,
ini adaalh lumrah kehidupan,
sebagai manusia yang berakal dan berfikiran,
setiap hari perlu maaf diucapkan,
agar tenang melalui hari kemudian,
tidak salah merendah diri demi sebuah kemaafan,
namun jangan sesekali membiarkan diri dipijak kewarasan,
tinggikan maruah teruskan perjuangan.

Tiada manusia dalam dunia sempurna,
ada kekurangan itulah cabaran,
teruskan mencatur demi sebuah sinaran,
andai terleka seketika ingatlah DIA,
pembawa pulang ke arah kebenaran,
Dia adalah teman selamaNya,
Dia adalah sesempurna yang diidamkan manusia..

maaf dari diri ini,
mungkin pernah mengguris hati,
namun lidah ini takkan berhenti,
bukan mencaci namum memuji,
setiap kejadian indah milik Illahi,
tegurlah kekurangan diri ini,
semoga kita saling memberkati dan terus diberkati..

Ya Illahi,
Inilah coretan yang terlintas untuk menginsafi diri,
sambil mengingati diri....inilah yang terkeluar dari kotak hati..


Amiza Shazwani Binti Ahmad Zaki
2:12pm
30/10/2009

Thursday, October 15, 2009

Mood..

Banyak lagi yang nak update tapi tersekat sebab :

  1. banyak keje nak kene settlekan lepas cuti raya haritu..
  2. Keje makin banyak.
  3. tiap2 hari sampai rumah pukul 11 malam
  4. penat yang teramat
  5. otak letih berfikir,badan penat ke sana sini
  6. Just appoint as Unit Head for Illegal Structure..UNIT HEAD ok..benda yang tak penah terlintas untuk aku hold position ni dalam umur mcm ni..cepat la tua aku..benda ni mmg nampak mcm senang tapi ade beberapa faktor yang membuatkan perasaan aku x tenteram bila di appoint untuk untuk melaksanakan tugasan ni..kroni...tu la perkataan yang tepat dam membuatkan perasaan aku tak tenteram..
  7. Unit baru bukak tapi i'm still holding current portfolio..camane?leh belah2 badan aku ni ke?..
  8. nak lagi membuatkan otak aku sakit bila aku still kene handle sistem data yang tak berapa nak membantu tu dalam department aku..OSAT...benda ni dah lama tersekat disebabkan beberapa faktor..benda bertelagah dalam management aku pulak yang kene jawan n menanggung..(mungkin ke sebab aku keje kat company aunty aku?)..
  9. keje yang banyak buat aku kembali kpd kehidupan dan rutin harian asal..keje..keje..keje..workaholic?tak la..bukan workaholic tapi terpaksa..
  10. mungkin ke sebab aku sedang diuji dalam syarikat ni?lepas hampir 3 tahun keje kat sini?..mungkin kot.
  11. tapi kenapa sekali datang bertimpa2?..
  12. Banyak persoalan yang perlu dijawab..perlu dikaji segala yang terjadi
  13. aku perlukan kesabaran yang maksimum dalam melaksanakan tugasan2 ni..
Ya Allah permudahkan lah segala urusan harian ku...

Amin..

Monday, October 12, 2009

Besr Raya 2009 - Part III




22/9/09
..Hari Raya Aidilfitri..Raya ke3 sebagai peladang!!yeah!!

Ape jadi hari ni adalah sejarah..tak penah dalam mood raya kiteorang buat camni..sumpah tak penah..kiteorang (semua adik beradik abah) dapat tanah wasiat dari arwah alang..semua adik beradik dapat tanah satu ekar kat Sedim (ada 6 ekar tanah kat situ dah dibeli dan menjadi aset keluarga kami)...so kami semua jadi peladang!!haha pelik kan sebab hari raya ketiga kiteorang panjat setinggi2 bukit tu nak tengok tanah abah punya pasal..sampai luka2 kali...kaki Wani kene duri kelapa sawit..sakit giler...tu la gamble panjat bukit yang amat tinggi pakai selipar baldu sahaja...haha..ni la hasilnya...


ready guys...jom!


Pengembaraan bermula..


tak tersorok pun aiman dibalik pokok tu..


mereka berjaya..wani baru nak panjat..


mendaki...penat amat..


cedera..

Dekat ngn Sedim tu ade tempat rekreasi..Ulu Paip..mmg dh plan nak gi berkelah lps panjat bukit..mak ngah,Wani,maksu ngn mak lang masak..antara menu yang terhidang hari tu gulai ikan masin,sardin,udang goreng kentang,ikan goreng,sayur kangkung,sambal ikan bilis petai,ayam goreng,telur dadar,ikan masin,kek...macam2 lagi la...best dapat spend time ngn family belah abah ni..Abg Wani cucu first so bawah kiteorang sukme adik2 lagi tapi seronok la..umur lebih2 kurang adik Wani je..kiteorang layan mandu sungai sampai petang..balik rumah lepak2 sebab malam ade orang FAMA ngn MARDI nak datang meeting dgn ketua family pasal tanah2 tu nak diusahakan..alhamdulillah..permulaan yang baik..semoga semuanya berjalan lancar..Esoknyer pulak...

Menu2..


Pemasang khemah bertauliah..


Bangcik n maksu..


Mama

Mak ngah the official chef for this raya..haha..



23/9/09..Hari Raya Aidilfitri..Raya ke4 masih sebagai peladang lagi!!

Hari ni pulak kami teruskan perjuangan sebagai peladang..menjelajah ke kebun2 untuk timba pengalaman..antara kebun/ladang yang diterjah ialah: ladang pisang n tembikai..ladang tembikai tu ya allah besarnyer..3 hekar..kate tuan kebun tu orang panggil dia Abang, nak tanam tembikai ni kene susah payah sikit sebab nak kene pandai jaga musuh tumbukan..kalau pandai jaga sebiji tembikai leh sampai berat 7kg..dia sewa tanah tu dari cina..Sewa setahun RM3000,tapi keuntungan dia dapat untuk satu musin (salam 3-6 bulan) lebih kurang 150,000.00..tak terbeliak biji mata camtu..masa kiteorang datang pun dia jamu tembikai merah ngn tembikai kuning..manis..lepak buang masa kat situ sambil amik gambar2 kat trektar penuai maklum la tak penah jumpe menatang tu kat KL..kat FarmVille ade la..hehe..pastu lepak makan kat Mee Udang Penang sebelum beransur balik ke rumah..


mereka..


Yal n maksu..


atok ku..


tanah ni kepunyaan arwah pak ngah..paksu wani tolong tanam pisang lps pak ngah meninggal..


bangcik pekebun muda..

With norman..teruja tgk tembikai yang sgt banyak..
tembikai tuan kebun..manis

menikmati..

buat cam kebun sendiri yer..

bersama mesin penuai...

24/9/09..Hari Raya Aidilfitri..Raya ke5-last dat kat kampung..

esoknyer last day kami kat kampung..pagi gi Bukit Mertajam beli jeruk pastu balik rumah kemas2..masak lunch pastu kemas2..malam tu tunggu semua adik beradik abah berkumpul baru kami bertolak balik KL..sedih? tu la suasana yang menyelubungi kami..ye la nak berkumpul semua sekali kan susah..tambah pulak family kami je yang tercampak kat KL..yang lain semua kat penang ngn kedah..rasa x nak balik..insyallah hujung tahun nak balim lagi kot..adik abah yang duduk kat australia tu nak balik..semua cousin maybe berkumpul...yes...i'm gonna wait that moment..r indu semua... jihan, anati, daniel, farhana, farehah, fitri, farah, nabila, natasya, amin, norman, amirul...tunggu kami balik k...kite tungu adam, aishah n serina jugak..end of year...insyallah...

Thursday, October 1, 2009

Best Raya 2009...Part II

bersambung...

20/9/09..Hari Raya Aidilfitri..

Seawal pagi dah bangun dan kejut semua bala tentera untuk sembahyang raya dan menziarah kubur. Arwah 2 moyang Wani (arwah tok som & tok ti), arwah pak lang, arwah pak teh min dan arwah pak ngah disemadikan kat situ.Lepas je semua balik rumah sibuk siapkan makan untuk semua yang ada tu..sambil2 tu tolong mak ngah masak nasi tomato ngn lauk2..bukan makan kat umah Kulim tapi kat umah Tok Ngah kat Tanjung Bungah..Jauh import makanan kan..Lepas semua kekenyangan maka sessi bermaaf-maafan dan pemberian duit raya pun berlangsung..

Sessi abah n mama bagi ucapan sebelum bermaaf-maafan..sessi ni sangat touching n adalah wajib setiap tahun bagi family kami...(bile pulak adik beradik ku ade yang sekecil2 ni)


Mamaku yang emosi..


Abah akak minta maaf x sempat beli kasut raya abah tahun ni...hehe..


kami sekereta (didalam blacky ku)..


selesai je baru semua gerak gi umah Tok Ngah..Banyak kete tapi yang bestnyer jambatan Pulau Pinang tak jem sebab dah jadi 3 lane..aman je lalu jalan tu..makan dan lepak kat umah tok ngah sampai petang..tergolek2 sume walaupun pakai baju raya yang cantik..akibat melayan nafsu mata yang nak terpejam sume abaikan kecantikan..tak caye?tengok gambar kat bawah ni..


Umah Tok Ngah kat pantai...bukak pintu belakang tu dh pantai..best..


terkelepek..


Aiman...bergolek2..

Tidur berjemaah..ikhwan tu x sempat nak bukak songkok..


Lps raya,lepak and golek2 kat umah tok ngah kami berpecah..sebab family kami nak gi makan malam kat umah Tok Pah (maksu punya mak mertua)...hmm makan sampai sengkak..dan ni la foto kami untuk malam itu..mereka sudah kesengalan...lps tu baru kami balik Kulim balik..



armand turut tersesat.



21/9/09..Hari Raya Aidilfitri- Beraya kat sebelah Sungai Petani n Yan..

Raya kedua kiteorang satu rumah sakit perut..kelakar sebab malam tu berebut2 masuk toilet..tah ape2 yang kiteorang makan semalam sampai semua sakit perut..tapi dah sebab janji ngn maksu n maktok nak beraya kat seblh mama so kiteorang tunaikan jugak..first gi rumah mak chaq..makan laksa,kuah kacang mak chaq yang sedap tu n ketupat palas...dah la sakit perut tambah lagi kan..nasib la ..dah nama pun raya..lepas makan terus berapaya dengan family mak chaq,family maksu n maktok..

Lepas tu kiteorang terus ke Yan nak melawat kubur arwah pak tok kat sane..panas yang amat kot hara kedua tu..sakit perut makin berulang ni..lalu pulak jalan kampung terhentak2..macam mengundang je kan..lepas menziarah kubur arwah pak tok kami gi rumah Tok Su..tuan rumah takde..yang tinggal menantu ngn cucu..tuan rumah gi perlis..kejap je kat sane..salam2 ngn semua anak beranak tok su..riuh la jugak rumah tu kejap walaupun x cukup kerusi..hehe....

Kat umah Tok Su..

Balik je dari Yan tu kiteoarng terus gi Bukit Mertajam..tengok rumah lama abah sambil melawat jiran2 abah yang masih tinggal kat situ..tanah cina yang disewakan sebulan RM40..kat sini la abah dibesarkan..rumah kaytu 2 tingkat yang bilik mandi kat luar..ayam n itik bersepah2..sangat kampung..tapi rumah abah tu org indon sewa..dah x lawa dah rumah tu..dulu kat sini la kiteorang main2 tanah sampai kene marah ngn sorang jiran abah yang sgt garang n lumpuh..bile dgr je bunyi kerusi roda dia berterabur lari semua..

mereka


toilet kat luar..


ni la rumah lama abah...



last kiteorang lepak umah alang (adik abah)..sebab masing2 tak sabar nak menunggu aktiviti mencabar keesokkan hari..Yeah!!