Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha 2009

Selamat Hari Raya..hmm..Raya Haji tahun ni kat sini jer.Taknak kelam kabut sebab nak balik kampung adn holiday hujung tahun kat kampung end Disember nanti..Pagi raya abah sibuk korban kat Balai Brickfields..kat umah kiteorang masak nasi minyak.sampai malam lepak umah.jiran-jiran tetap kak wana,abg bad,damia hanna,kak gee ngn ilham lepak sini sampai malam.makan-makan kat sini..

Hari raya ke dua pulak abah still ade korban kat balai pantai.kali ni lembu disedekah menteri wilayah persekutuan Raja Nong Chik..lepas korban diaorang gotong royong masak pulak.kiteorang malas nak gi sana so masak-masak kat rumah.kali ni masak laksa ngn sup tulang daging.banyak nyer makanan.x larat nak makan dah..ni la keseronokan raya kat malaysia ni.masak dan makan sampai pitam..hehe..

Hari ahad (29/11/2009) attend kenduri rumah officemate.Ingat nak gi satu kenduri jer kat Langat tapi maksu leh pula paksa gi Umah kenduri lagi satu kat Lenggeng..Memang tak plan nak gi Lenggeng atas sebab2 tertentu tapi dah maktok ngn maksu beria2,so ikut la jgak..nasib baik sampai pengantin lelaki belum sampai so makan2 and gerak gi Langat.jalan kampung satu hala..nak keluar dari situ bertembung ngn kereta [engantin lelaki..dan maka betrentang mata la dengan pengapit (yg jugak my ex boyfriend)..hmm..dalam dok mengelak tu leh jugak bertembung.But i'm smiling for his happinest.Wani nampak wife dia ngn anak dia dalam kereta..makin wani redha main kerap terserempak..

By the way Selamat Pengantin Baru kat Abg Hamdan & Kak Ira da juga Awit & Kikin..Semoga kekal ke akhir hayat..

best tengok orang naik pelamin..bila lagi ni?...ahh..forget it for the time being..

update sikitpasal pemanggil misteri yang still call.camana tau dia call?sebab walaupun tak ringging tapi still ada record received called.apa dia nak wani pun tak tau..lantak la dia...

malam yang dingin..tapi wani tenang..mungkin hikmah kesabaran makin berbaloi...thanks Allah for blesssing my always...

Thursday, November 26, 2009

Mesyuarat Ahli Majlis ****

Semalam kene attend mesyuarat penuh ahli majlis kat sebuah daerah dalam Selangor ni.tak penah attend meeting ahli majlis so tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi.ahli majlis + YDP adalah dalam lebih kurang 25 org.wani datang wakil KJS dengan Ain, En Latif ngn Fajar.Wakil SKMM pulak ialah En Rizal (dari HQ SKMM) and Nazeehan (dari SKMM Wilayah Tengah).

Senang kate mmg x seindah khabar la meeting ni.Sampai hari ni terbawak2 keadaan meeting semalam.senang kate diaorang ni semua otak fikir duit..ok la kite pun business ..off course nak fikir something good for our company/agensi.tapi yang tak sedap tu diaorang ni fight for something disebabkan oleh personal interest.ditambah lagi kene cucuk org orang-orang yang rapat ngn diaorang.samada masuk dalam poket sendiri atau tak tu wallah hu allam...

Kami ni datang mesyuarat atas permintaan ahli majlis untuk buat taklimat.taklimat tu berjalan lancar la tapi Q & A session tu menampakkan fahaman politik masing2..memang wani faham keadaan politik sekarang.tapi boleh tak jgn nak babitkan politik demi kepentingan korang sendiri?..kiteorang yang datang present ni just representative from our company..kiteorang pun makan gaji.top managemnet company ni politik belah mana semua tu x penah kiteorng masuk campur.jgn la nak threat kiteorang ni as mangsa kepentingan politik korang..

memang wani tak suka politik.wani ambil tahu politik tapi no involvement at all.jgn nak hasut/influence wani dengan perkara2 berkaitan politik.as long as wani tak pennah buat apa2 yang menyusahkan mana2 pihak tolong la..dalam kepala otak wani ni semua yang involve politik ni semua sama. politik kotor/politik tak adil tu semua judgement sendiri.

hmm..kerja-kerja..

lately ni bos makin banyak dedahkan wani dengan macam2 mesyuarat.ini semua pengalaman yang sangat berguna.seronok, gembira, perit, susah, sakit hati, tak tenteram tu semua perasaan yang berulang terjadi sebab kita kan makan gaji..so hadaplah semua tu dengan senyuman..

sekian..

Wednesday, November 25, 2009

Selesai Masalahku..

Yea..thanks and credits to my beloved brother and plus nokia phone for helping me in my problems..to mysterious caller just to inform u that ur call will never enter my phone.thanks also to application named Advanced Call Manager.With this application i can block private no caller by sending them busy tone.so encik private call padan muke..tak yah kacau orang lagi...

Cik Faez @ Qaseh Tercipta..selamat datang ke blog saya..hehe..nak pinjam buku tu leh?..hehe..teringin nak bace..kat popular takder la.kene order pulak...

senang hari2ku tanpa gangguan..

Tuesday, November 24, 2009

Gangguan lagi

Malam tadi pun masih diganggu pemanggil misteri..sampai Wani terpaksa off phone sebab private no tu still cal and call...ape la masalah si private no ni...from now onwards to all private number user that have intentions to call my no,sorry i won't pick up ur call..please dont disturb me...rasa tak ada hutang ngn sapa2 and tak ada musuh ngn sapa2..jgn nak serabutkan time tido orang..and now i feel so sleepy...

Monday, November 23, 2009

Gangguan Pemanggil Misteri..

semalam..ahad...hari berehat...tapi ada satu masalah yang wujud tibe2..gangguan...bukan hantu tapi manusia yang mcm hantu..

dari tengahari sampai petang kot ada sorang mamat psycho call Wani tapi guna Private No. dia tau nama Wani,dari huruf mula sampai akhir..tapi wani x kenal dia..dia kata nama dia HADI..setahu Wani la kan x penah ade kawan nama camtu..Wani surrender la..mmg x kenal..Wani siap cakap lagi.."kalau i tak kenal or terlupa u sebab nama u tak ada dalam phone book i"..tau apa jawapan menyakitkan hati dia.."kenapa tak save no i? kenapa x kenal i? sebab banyak sangat jantan call ke?"..siot tak jawapan tu..out of 7 times dia call 3 time i pick up the phone..nak settle down la kan tapi dia ni mmg PSYCHO..x leh nak buat apa dah..3 times pick up phone tu pun wani yang putuskan line..

Wani rasa dia salah org sebab dia tanya wani sekarang kat rumah ampang ke kampung baru ke selayang..bile masa pulak Wani penah ada rumah kat sana encik psycho hoi...semalam wani x sihat,dia kate nak datang rumah amik wani bawak gi klinik..wani kate la tak payah wani leh gi sendiri..dia kate plak.."perangai tak ubah2,ego,dari dulu sampai sekrang perangai x ubah2..i kenal u sebab attitude u jer tau.jgn jual mahal sangat awak tu perempuan."..heh!sakit hati aku plak mamat ni..x pasal2 kan..

siap statement cam ni pulak pastu.."u tau tak i sanggup repeir phone i semata-mata nak dapatkan balik no phone u.i sanggup transfer 4-5 thousand no from my phone just to get your number..trace satu-satu sebab nak dapatkan no u..u tak reti nak appreciate ke ha?"..astaghfirullah al-azim en HADI psycho..sesungguh nya dah memang tak kenal nak buat camana..tak kan nak buat2 kenal kan..sakit la hati..penat jugak kalau ada banyak manusia dalam dunia ni mcm dia..x leh nak hidup senang la gamaknya..tapi serious memang Wani x kenal..sape dia?mcmana dapat no Wani?apa masalah dia ngn Wani..tu semua Wani tak tau dan tak nak amik tau...full stop..

Kepada en private no yang lain kalau rasa-rasa seronok nak jadi mysterious caller renti2 kan la..buang masa orang jer..sekian..

Sunday, November 22, 2009

Andai Itu Takdirnya

hmm..pasal masalah yang sedang menular tu abaikan je la..thanks to kak ina for your advice..memang kak ina selalu positif dalam segala hal..thanks a lot..




Andai Itu Takdirnya..itu tajuk novel.Hasil nukilan terindah Siti Rosmizah terbitan Buku Prima.serious novel ni sangat menyentuh jiwa..bayangkan wani leh meleleh baca novel tu..menangis sebab watak yang di ceritakan tu..baca novel tu membuatkan kita letak tempat kita sebagai watak dalam cerita tu..

Kisah mengenai seorang wanita kampung yang berkelulusan dari luar negara yang sangat tabah menjalani hidup dengan seorang lelaki yang tak pernah dicintai.Lelaki tu anak org berdarjat la.difitnah,dicaci,dihalau..macam2 la.emosi pun tersentap..Wani pinjam novel ni dr jiran.Tengok dia baca buku tu sampai tak buat apa2..x sabar nak tunggu ending cerita tu..pastu nangis2..mama pun leh nangis baca novel tu..sedih sangat kot..watak-watak yang pelbagai dalam tu melengkapkan sebuah perjalanan cerita ..Buku setebal 583 mukasurat tu leh baca dalam masa 2 hari la..tu pun sebab ada gangguan semasa..watak seperti Aleya,Sharifah Emilin,Syed Aizril,Faizal,Puan Sri Sharifah Aishah dan Umairah sangat memberi kesan..

kesimpulan cerita ni sangat bahagia..seorang wanita menjalan ketabahan hidup dari seorang wanita biasa difitnah dan terpaksa berkahwin dengan lelaki berdarjat namun terus dihina kerana tiada persamman taraf mungkin masih ada ceritera kehidupan macam tu zaman sekarang ni..Darjat tu apa?boleh bawak masuk syurga ke?..ha kan dah teremosi lagi..tapi cerita ni adalah yang terbaik dari yang terbaik..strongly recommend!!!..

Wednesday, November 18, 2009

......

huh..sampai ke malam perasaan tu menular mcm tu...kalau terus mcm ni x leh nak buat keje la..perasaan tu macam merasuk masuk otak..x puas hati, x suke perasaan mcm ni terus ada dalam kepala otak ni...adoi tolong la keluar perasaan tu..(kak zura thanks for your concern)..


dah lama rasa tak luangkan masa ngn budak2 kecik kat rumah tu..kimi ngn dania dah jauh..dia dah tak duduk kat gombak..parents diaorang dh amik maid.so diaorang dtg gombak pun kalau ade majlis jer..rindu kat diaorang sangat2..dnia dah makin besar dan cantik...kmi makin hendsem dan bijak...


sepupu diaorang ilham dan damia yang selalu jadi peneman aku sekrang ni..ilham kadang2 tidur kat rumah aku..rasa la membesarkan budak kecik.menjaga ilham walaupun bukan dari lahir tapi dah rasa mcm ibu..ilham start duduk dekat ngn rumah umur 4 ke 6 bulan.start dari umur tu rumah aku ni dah jadi rumah tetap untuk ilham datang setiap hari without failed..kalau kitaorang xada kat rumah confirm kelam kabut nak balik and jenguk ilham..dia dah jadi adik aku.menambahkan adik berapdik aku dan menjadi paling bongsu iaitu yang ke 7.Damia pulak baru umur setahun lebih.mulut tu asyik nak membebel jer..mak dia sebelum bersalin asyi lawan mulut ngn aku je kan dah turun kat anak..comel budak2 ni.tengok diaorang membesar buat aku lupa umur dah makin banyak...


Wan Thaqif Ilham


Damia Hanna
 

family aku?


mama makin sihat tapi still cuti sampai bulan Januari 2010.Abah pulak banyak operasi sekarang ni..malam je kene gi balai balik..abg arie sibuk melaram ngn blackberry phone baru dia tu..faizal dah habis exam final semester.dah boleh nak cari kerja sementara nak tunggu result.insyallah grad kot.Ikhwan pulak ahad lepas try gi interview polis tapi fail lagi untuk kali ketiga.sebab tangan bengkok..tak apa la tak ada rezeki nak jadi polis cm abah..rezeki kat tempat lain kot.Bangcik tengah final exam utk 2nd sem.,maybe habis 24hb ni..nak kene gi mengangkit barang dia pulak la..Aiman pulak tengah bertarung amik exam SPM..start hari ni..good luck adik..Ilham pulak makin membesar.dah umur 2 tahun 1 bulan..tapi sian dia lately ni asyik sakit jer..cepat berjangkit kat nursery la budak tu..sejak asyik sakit ni makin manja pulak.selalu tunggu aku balik kerja..kadang2 sampai kul 10 malam pakai baju keje lagi layan dia punya pasal...

Club?
1/11/2009 hari tu terbubar lah semua jawatan kecuali Majlis Tertinggi.ada perlantikan semula bulan Disember..Tuan pengerusi selamat mencatur..rindu nak lepak ngn kawan2 club..udes,amy,puteh,linda,syara...ramai lagi la...korang lepak jom..plan BBQ ke..lepak pantai ke(jgn PD lg la kan)..Jom...



Office?
mcm biasa 'KOT'...malas nak cerita..


tak sabar nak menghabiskan masa hujung tahun kat kampung..cepat la hujung tahun...nak berkumpul semua sepupu2..gathering belah abah..yes...can't wait for it..


Cepat la jugak masuk tahun baru 2010.banyak agenda nak dan dah disusun ni...



hopefully esok membawa semangat baru..semalam tinggal hari ni..selamat datang esok...insyallah...

entry ke 100 = Betray

Sempena post entry ke 100 ni nak cite sikit pasal 'BETRAY' atau dalam bahasa malaysia nya ialah khianat/belot..'BETRAYAL' pulak pengkhianatan/pembelotan..

Kenapa tetibe ade plak entry ni?sebab terasa di khianat atau sedang berlaku sesuatu pembelotan.dimana?biarlah rahsia...

penah tak korang rasa kawan korang tikam korang dari belakang.?(bukan guna pisau tau)..hanya kerana DUIT..sebab DUIT diaorang sanggup menipu untuk bolot semua duit2 yang sebenarnya adalah untuk dibahagi sama rata mengikut perjanjian?...hah..itulah yang sedang dirasa oleh diri ini..disebabkan diaorang ni pandai sangat melompat diaorang tak sedar yang dahan diaorang melompat tu dah rapuh..tetibe pulak hari ni buat mcm tak ada apa yang berlaku..ingat aku tak tau ke apa yang korang buat selama ni?..rileks..the game not yet over..biar aku layan game korang ni dulu..sebab kita  kan kawan takmau lawan kan..tunggu la saat dan ketika korang kantoi depan aku..lepas ni aku nak jadi sorang yang vocal..biar orang lain pulak sentap ngn aku..selama ni aku pendam bagai nak rak ..sentap dalam hati jer..dah2 la tu belakon..

hmm..permulaan hari yang kurang menyenangkan kerana telah berjaya membongkar satu pembelotan semalam..maka hari ini kerja sebab tak amik MC..aku pun ada keje yang nak kene settle..so biar aku buat keje aku..korang nak terus menipu?..teruskan..jgn kacau hidup aku..

oh ya..terlupa pulak, kalau makan duit yang bukan mak milik kita sepenuhnya tu apa hukumnya?...mungkin sebab tu kot barang-barang hak milik korang tak kekal lama..yer ke ha?ye kot mama penah pesan jugak mcm tu masa kecik2 dulu la..tapi itu satu panduan yang berguna jugak..

~ One should rather die than be betrayed. There is no deceit in death. It delivers precisely what it has promised. Betrayal, though ... betrayal is the willful slaughter of hope. ~ 

k la..nak sambung keje..

babai..

Tuesday, November 17, 2009

Pembetulan Fakta

Semalam dapat sms pembetulan fakta untuk entry yang ni...sila klik...bagi perenggan 4 perkataan berikut (yang diboldkan): "Kene pulak usik ngn Abg Syamsul (yang jugak abang sepupuku + Assistant GM WPI)." fakta sebenar ialah...Abang Syamsul = GM WPI...mintak maaf la kepada enpunya badan..saya tak hafal organization chart WPI..tu maybe info lama..tapi saya pasti sms tu bukan dr empunya badan..pasti secretary khas dia yang bukak blog ni..hehe...dan pesanan penaja ialah..tu lah sapa suruh bg org cuak..

sekian

Monday, November 16, 2009

Red Peanut & Nadia - Dia Aku dan Kamu

Red Peanut feat Nadia AF6 – Dia Aku dan Kamu



Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia


Air mata disisi ini
Saat kamu jauh disana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia


Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan


Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan


Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak akan dapat mengganggu


Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan


Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan


Disatukan……


hello 2010...

insyallah 2010 will plan for family vacation...



let's fly away...


hope the happinest will always be with me and my family...

Sunday, November 15, 2009

my latest situation..

Haru biru....

tu la yang tercatat dalam diari kehidupan selama tidak mengupdate blog ni...apa dh jadi?ni la yang terjadi :

1. Bos accident.dia kene langgar ngn kereta.bos naik motor..tu la bos,tonggek sangat kan nyonya tua tu dh langgar..ikut cerita bos nyonya tu nak masuk simpang tak bg signal..dan akibatnya bos tersembam+tercampak ke jalan tar..(nasib baik muka tak calar...itulah kebanggaan bos bila bercerita..tetap jaga merket)..tapak tangan kiri bos retak.bahu terseliuh.bos mc lama la jugak yang membuatkan sedikit sebanyak memberi kesan atas kerja harianku..seronok ke jadi pemangku bos?ya ampun...x cukup kaki tgn jugak dibuatnya..otak jammed sebab banyak sgt benda nak kene handle..tapi tu semua pengalaman..alhamdulillah setakat ni masih berada dilandasan yang betul..thanks jugak kat bos yang walaupun cuti sakit tetap ambil tahu hal-hal office..so still ada tempat bergantung walaupun through phone call, sms and perjumpaan tak rasmi kat kedai mamak..

2.terlibat dalam meeting OSA/SBC dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Mesyuarat ni memang diadakan setiap 3 bulan seklai.tapi sepanjang kerja ngn KJS ni tak pernah sekalipun masuk meeting ni.kata orang meeting ni agak genting la..banyak isu2 akan keluar.selalunya bos / COO KJS yang pegi..12/11/2009 hari tu boleh pulak meeting terakhir utk tahun ni ditetapkan.selalunya Wani just terlibat utk buat report je.Mula-mula tak cuak sebab tahu COO yang nak attend.tapi 11/11/2009 kul 6.15pm jumpa COO dia cakap tak boleh atend meeting tu.Clash ngn meeting lain..Dengan tenang arahan keluar dari mulut dia.."Wani tolong attend meeting tu and present"..tak terlopong mulut time tu...nasib baik persiapan report dan buat 2 hari sebelum tu..tak tenang hati ni.Nak kene present depan Pengarah Wilayah Tengah SKMM dan semua pihak telco.Kalau salah fakta boleh kene sembur dalam meeting tu.Call bos banyak kali minta tips nak present..

pagi 12/11/2009 tu dari pagi lagi dah prepare denagn slide and report to present.boleh cakap sorang-sorang depan PC.ye la seingat Wani last sekali present masa finbal sem degree dulu.dah hampir 3 tahun kot tak duduk and present depan orang dengan slide2 bagai...takpe cabaran..Ikut tentative Wani kene present pukul 11am.Pukul 10.50am sampai kat luar bilik meeting.Wakil WPI dah siap present.Sekarang Rangkaian Minang tengah present.Dengar suara pengarah tu marah2 dah buat hati tak tenang..Kene pulak usik ngn Abg Syamsul(yang jugak abang sepupuku + Assistant GM WPI)..dia dah banyak kali present so dia dah tau situation meeting tu.Keluar pulak staff SKMM,dia tanya Wani ke yang present?..Wani angguk la..Dia cakap keadaan tengah hangat tu.Rangkaian Minang tak dapat jawab soalan2/isu2 yang Pengarah tu tanya.Preparation slide pun tahape2..tak ada orang pecaya Wani yang akan present wakil Selangor..Cuak giler...

11.25am..Time Wani present..pass report and start present and luckily tah mana kekuatan wani dapat Wani boleh jawab semua soalan2 tu..and siap advice pihak telco on their problems..and the best things is got compliment from Pengarah SKMM on my success presentation.hah tak terlopomg mulut time tu..tak ade perasaan dah time tu..rasa proud..terbayang muka maksu,bos,COO...guys i did it..alhamdulillah.thanks to all team member's for your support..yeah..its make my day happy...sms bos, call maksu and receive phone call from COO..semua wish congrats...hehe..

3.Lepas presentation yang berjaya tu terus la appointment utk minggu depannya tu full...hampir semua telco buat appointment dgn Wani nak reconcile data.and also to solve some issue on telco site..ni yang buat rasa tak best ni.minggu depan sangat amat busy..Bos kate mc dia last 18hb..bos cepat la masuk...tak leh nak buat sorang2 dah ni...

4.perasaan dalaman pulak tah ape2 tah..bercampur baur..mcm2 perasaan..hanya yang tahu faham situasi ni..mungkin jodoh tu belum tiba dan ini jalan yang dah tertulis dalam perjalanan hidup ni.Alhamdulillah atas apa yang terjadi.mungkin kebahagiaan belum sesuai untuk Wani..ini adalah masa untuk mengembangkan karier yang dah mula menampakkan kejayaan..

biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya..Wani redha..segala yang terjadi ada hikmah...doa2 akan terus mengiringi perjalanan hidup Wani..Insyallah...

Lets prepare for the extremely busiest coming weeks...