Wednesday, March 17, 2010

Anti Pemerdagangan Orang

Patut ke tak patut ke Wani nak jugak tulis pasal bende ni..Anti Pemerdagangan Orang..Rupa-rupanya ada akta untuk bende ni tahun 2007.Akta ni diwujudkan untuk membanteras jenayah yang dilakukan ke atas manusia..Dalam salah satu artikel menyebut “Mangsa-mangsa itu menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual. Mereka tidak dibayar upah, terikat kerana hutang, dikurung, diugut dan dokumen perjalanan mereka juga ditahan. Wanita dan gadis dijual ke rumah pelacuran atau agen pemerdagangan seks seperti yang dilaporkan melalui akhbar dan melalui internet,”..ade jugak orang yang menggunakan manusia untuk buat duit atas demi kepentingan sendiri..Kenapa tetibe Wani nak quote bende ni?..sebab Wani nak share satu cerita..Mungkin benda ni normal di sekeliling kita tapi bagi yang rasional akan menyumpah cara yang dilakukan ni...

Wani ada contact sorang lelaki India..dia ni ada maid yang disewakan mengikut jam untuk mengemas rumah..Dah 3/4 kali Wani call India ni utk hantar maid untuk kemas rumah Wani..Bayaran? RM12/jam..Baru-baru ni Wani panggil lagi untuk kemas rumah..Terlintas nak bertanya pasal kehidupan si pembantu rumah yang disewakan ni..Nama dia Sari..Umur 20 tahun..Asal dari Jakarta Selatan.Dah 2 tahun kat sini..Tinggal setahun lagi.Dia kate kalau balik nanti dia dah tak nak datang sini dan bekerja dengan lelaki India ni lagi..Kenapa?..ni la sebab-sebabnya...
  1. Cuti lepas 3 bulan berkerja hanya sehari.Dari 11 pagi tapi kene balik sebelum 7 malam.Akan dihantar tapi tak pernah keluar dari kawasan rumah.Maknanya dalam kes Sari ni dia tak pernah dihantar keluar dari Gombak.
  2. Gaji RM 500/sebulan.Kalau sakikt kene bayar sendiri.
  3. Makan 2 kali sehari sekali pagi dan sekali tengah malam.Kalau rumah yang diaorang kemas tu bagi makan maknanya makan la tengahari.Kalau tak tunggu la tengah malam je.
  4. Makan hanya berlauk kan sayur sahaja.
  5. Kerja sehari 14 jam.
  6. Duduk kat rumah India tu.Tapi tak boleh ambil apa2 barang /benda dari rumah ornag yang dia berkerja tu.Balik rumah satu badan akan diperiksa.
  7. Dia ni ada berlima yang kerja dengan India tu..Bayangkan sehari kerja 14jam x RM12/jam x 5 orang = sehari si India pendek tu akan dapat lebih kurang RM840 buta buta je atas kerja orang lain!!..Kaya kan si India pendek tu..
  8. Tak boleh sembahyang
Bayangkan la..passport mmg si India tu tahan.Kerja macam orang gila.14 jam sehari..Mungkin ada yang kata "alah diaorang tu yang datang sini nak cari kerja", atau mungkin yang kata " bukan boleh bagi muka sangat kat orang pendatang ni"..tapi bagi yang berhati manusia tak kan buat macamtu kat diaorang ni...Wani salah ke sewa diaorang untuk buat kerja?...sebab Wani baru tau apa yang terjadi dalam rutin seharian gadis ni sepanjang ada di Malaysia..Adakah kes macam ni pun dikategorikan sebagai Pemerdagangan Orang?..Mungkin bagi Wani..

Bersyukur sebab kita tak merempat di negara sendiri.Mungkin ada yang ingin memanjangkan bende ji kat pihak yang lebih arif/berkuasa..silakan...Manusia patut dilayan sebagai manusia walaupun pendatang..Walau apa pun alasan, tak patut diaorang dilayan macamtu..Muktamad!!

No comments: