21/6/2010..hantar Aiman ke Stadium MPS..Aiman akan ke Program Latihan Khidmat Negara,Kem Wawasan, Gopeng, Perak. Bulan kat sana ..mesti rindu giler kat Aiman..Setelah berhempas pulas dikerah teman dia gi shopping weekend sebelum tu,packing..akhirnya Aiman pun dihantar oleh kami semua except Bangcik yang sibuk bercuti kat pulau..kiteorang yang lain masuk office lambat sebab semangat nak hantar Aiman.Bila Aiman dah naik bas, sedih giler..tak pernah Aiman duduk jauh..3 bulan pulak tu..kene belajar berdikari..insyallahAiman akan dapat exposure yang sangat baik bile duduk sendiri..Aiman kene surrender phone setiap hari ahad pukul 8 malam dan akan dapat balik hari Jumaat malam..so masa tu je la akan berkomunikasi dengan Aiman.Banyak cerita Aiman.Aiman seronok sangat ada kat sana ..banyak latihan and aktiviti termasuk latihan senjata api, kawat, kuliah, kelas pembinaan karekter, makan dengan Sultan Perak and macam2 lagi la..Berat badan pun dah susut..
11/7/2010..Melawat Aiman kat Kem Wawasan,Gopeng…Memang tempat jauh ke dalam..sesuai la untuk kem latihan..Peserta kalau nak jumpa parents kene pakai baju kemeja rasmi PLKN..nampak semangat masing2..Wani gi ngn si kecil Ilham,Mama and Ikhwan.Siap bawa bihun goreng makan ngn kawan2 Aiman kat sana ..Parents2 yang datang pun sporting .Semua bawak bekal banyak2 and jamu semua orang tak kira peserta ke parents ke..semua dijamu..Nampak lagi seronok bila kawan2 Aiman bercamur kaum..Cina ,India , Melayu and even orang Asli pun diaorang berkawan.Aiman cerita kadang2 kawan2 cina yang kejut dioarang bangun sembahyang Subuh…seronok..and latest Aiman call bgtau dia dah turun 10kg..Oh My God!!cepat giler..Good for him..tak sabar nak tunggu Aiman cuti 10/8/2010-15/8/2010 ni…boleh puasa dengan dia sebelum dia masuk balik and tamatkan latihan PLKN pada 2/9/2010..
Good Luck Aiman..
No comments:
Post a Comment