Monday, March 28, 2011

Rasional

Rasional

Perkataan yang bermaksud tindakan/perbuatan yang dibuat dengan akal fikiran yg waras dan bertempat.. Bukan semua manusia kat dunia ni ada sifat rasional ni. Saya sendiri pun x ada dan tak ada siapa2 pun yg tahu ada sifat rasional dalam diri melainkan ditunjukkan dr percakapan/perbuatan..tapi semua tu dikawal oleh otak..

Saya pelik dengan perangai sesetengah manusia yang tak boleh nak berfikir walau sedikit dengan rasional utk menilai sesuatu situasi/keadaan..contohnya membuang makanan yang dibeli oleh orgl ain depan si pembeli sebab ditegur...rasional x?..tu baru sikit..tu baru yg tak sedar diri.dah la makan makanan org tak minta izin, buang makanan lagi..adoi sedih la mak bapak dia membesarkan dia...

tu baru yg tak sedar diri...macam2 lagi kalau nak buat contoh..ada jugak yg tak kenang budi.dah la org penah tolong, penat lelah la jugak walaupun pertolongan tu bg dia sekelumit.Balasan?..ini rintihannya...

sedih nak dibicara...
hanya kecewa yang tertera..
tapi kalau kebahagiaan yang tercipta diatas sedih kecewa,
kami terima..
alhamdulillah ucapan ikhlas terucap mulut dari minda,
bahagia anda adalah doa...
kerana jalan hidup kita berbeza..
tak akan selamanya hidup anda sempurna, selesa, bahagia...

Allah maha adil dalam segala,
berputaran roda kehidupan manusia,
andai kata esok anda merasa,
rasa kecewa dan berduka,
jgn salahkan sesiapa..
anda adalah punca,
meretakkan lagi ruang yg jelas terbuka..

Tangis ini masih berbisa,menggantikan kesedihan bonda,
tidak mahu bonda kecewa,
bila tahu segala cerita...

saya akan simpan kesedihan itu,
sampai bila hanya saya yg tahu..
doa saya agar mereka tahu,
keretakan itu bukan jalan penentu.
ia bahaya untuk dituju,
semoga doa akan direstu..

Ya Allah..hanya padamu aku bermohon,
hindarkanlah kesedihan kami sekeluarga dalam meniti hari-hari bahagia,
hilangkanlah prasangka yang telah lama berpunca,
Jadikanlah kami insan yang redha menerima segala ketentuanMu ya Allah...
.......................................................................................................................................................
Seringkali hati merasa sedih & sakit... tetapi terkadang kita lupa akan hikmah disebalik kesedihan itu... terkadang pula kita menyalahkan takdir yg menimpa diri... percayalah sahabat2, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya... insafilah & bermuhasabahlah atas segala apa yg berlaku pada diri kita...

Di sini, ana sertakan doa sebagai penawar hati2 yg berduka...

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendalah Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”


اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”


لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”


اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”.....

Amin...

No comments: