Sunday, November 27, 2011

Hijabku..Hijrahku..

Assalamualaikum,

Kembali semula dengan semangat baru.Awal Muharam is all about 'penghijrahan', 'hijrah' dan 'pengorbanan'Setiap manusia mengimpikan satu perubahan. Titik mula susah la sikit nak mulakan tapi kena nekad.

Sebenarnya hijrah Wani untuk berhijab bukan ikut trend. Tidak sama sekali. Dulu Wani mmg berhijab tapi atas kekhilafan sendiri saya mengingkari niat saya sendiri.Saya berdosa.

Sebelum Macau holiday trip saya dgn mama and makcik2 and cousin, saya dh beli sekodi tudung selendang. Kenapa? Masa tu tak tau kenapa. Tapi yg pasti sebab murah dan tudung jenis tu yg Wani pakai masa belajar dulu.

Masa dekat Macau, kami cross Hong Kong dan China juga. Masa di satu trade zone China, nama tempat shoppin tu Zhuhai. Makcik n Mak Njang saya masuk jalan2 dlm tempat shopping tu. Masa tu Wani n mama tak jalan jauh ke dalam sgt sbb kaki mama dh bengkak. Balik dr shopping tu, Makcik cerita yang diaorg kene gelak masa shopping  tadi. Kenapa? sebab Makcik n Mak Najang pakai tudung. Kelakar sgt ke? Nampak sgt diaorg tak suka Muslim.

Balik dr Macau, trip selama 5 hari tu banyak buat wani berfikir. Entah kenapa kali ni Wani betul2 tersentak. Lepas habis cuti, nak naik keje balik Wani bangun awal pagi tu, amik selendang dan lilit.Terus turun bawah sampai mama and abah tekejut. Nekad dalam tidur kot. Masa tu maka official la saya berhijab dan itu la hijrah kecil saya..Alhamdulillah..

Saya akan terus berhijrah dari semasa ke semasa. Dari biasa ke sempurna, Dari buta kepada celik. Dari terbuka menutup semua.








Saya berazam untuk menajamkan semula baccan Al Quran, lengkapkan solat, buang perangai buruk, kawal emosi, kurangkan bercakap lebihkan berfikir, sisih syak wasangka dan memberi peluang kepada yang hak..Semoga azam dan amalan saya diterima. Saya akan terus berdoa...

amin ya rabbal al amin..

1 comment: