Monday, December 17, 2012

Hari Pernikahan Azril Faizal & Farhana

17/11/2012.

Bangun pagi buat breakfast sandwich dan kebetulan ada org jual nasi lemak kat tepi homestay kami. So beli la 20 bungkus dan buat sandwich 5 bungkus roti gardenia saiz besar. Dah selesai makan,maka ahli keluarga pun bersiap la.Sambil menunggu kawan-kawan adik yang nak ikut rombongan sampai. Tgh siap-siap tiba-tiba dengar bunyi bising yang kat luar. Adik saya cakap kawan-kawan dia dah sampai. Terkejut sebab banyak kereta dan yang lelaki dtg pakai baju melayu hitam nak jadi tukang bawa barang hantaran.Mmg ada request tapi tak sangka semua sangat supportive. Dtg beramai-ramai nak support kawan nikah.Mmg diaorg sgt memberi semangat kat Yal.

Siap berkumpul, semua bergerak sekali.Total up semua kereta kami, family, sepupu dan kawan Yal ada 21 biji kereta. Amik kau!.Sampai rumah pengantin dah pukul 10.10am. Ikut rancangan nikah pukul 10.30am.Siap u-turn beramai-ramai sebab terlajak lagi.

Lepas tazkirah nikah,cuak dgn pakcik bilal yg bersuara kuat dan menakutkan tp lawak, maka ijab dan kabul pun dilaksanakan. Dengan debaran yang teramat antara kami,sekali lafaz je Yal sah menjadi suami Farhana. Apa lagi rebeh la kakak dia. Nangis air mata tak henti-henti.Bersyukur Allah permudahkan segala urusan. Elok je Yal lafaz ikrar taklik, hujan rahmat mencurah turun membasahi bumi. Layan gambar-gambar kami dan gambar dr official photographer.

Latest us!






Welcome to D'Zaza Family Ana..Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Thanks to family members who joining us at Melacca. Uncle, Aunty, Grandma,Cousin.
Thanks to Yal friends from Gombak.
Thanks to D'Zaza Crew - Abg Arie, Ida,Ikhwan, Nabila, Azrul, Ecah, Aiman

Thanks to everyone who contribute direct or indirectly in this event. Wait for our side reception January 26th, 2013 at Dewan Beringin, Taman Seri Gombak.


Persiapan Nikah Adikku


Hi..tak habis penat kenduri abang last year, tahun ni adik lelaki pertama Wani pulak nak kahwin. Alhamdulillah. Adik ipar saya org Melaka tapi kerja kat KL., Farhana Adnan namanya. Tarikh nikah diaorg 17/11/2012 di Kampung Daun, Melaka. Persiapan hantaran sepenuhnya dilakukan oleh saya dengan bantuan Ida (kakak ipar), Nabila dan Aisyah (girlfriend adik-adik saya-Ikhwan dan Bangcik). Alhamdulillah dengan bantuan diaorg dapat semua persiapan dilakukan sebelum tiba tarikh bersejarah tu. 7 dulang hantaran digubah. Antara yang unik kali ni ialah, kami buat colat bunga dari coklat jenama Beryl's berperisa susu, coklat dan strawberry sendiri.Senang sangat. Alhamdulillah gubahan coklat bunga menjadi. Syukur!..





Antara gubahan yang kami buat sendiri..
Kakak ipar sedang bertungkus lumus melilit, menggubah dan mencantikkan apa yang patut.Nasib ada Ida. Kalau dulu masa abang kahwin nangis buat sorang2..Makin ramai wanita dalam keluarga ni...Alhamdulillah..

Semua siap sedia sebelum bertolak ke Melaka pada 16/11/2012.

Tuesday, November 6, 2012

Tonsillitis @ Tonsillectomy Surgery

Selepas 2 tahun berulang sakit, buat satu keputusan yang terbaik untuk kesihatan diri iaitu Tonsillectomy Surgery. Lepas fikir panjang dan nasihat doktor pakar ENT di PPUM, doktor bagi tarikh 23/10/2012 (sehari lepas birthday Abg Arie) untuk daftar masuk wad dan 'procedure' akan dilakukan esoknya 24/10/2012.

Sebelum pukul 8am 23/10/2012 dah sampai dan register wad, so kena stay di ENT Department, Bangunan Menara Timur, Wad 7TD, Katil 5.Tukar uniform hospital warna pink tau!..Lepas jumpa doktor yang incharge wad, Dr Syisyi untuk penerangan,ambil darah,Q & A, kemudian jumpa pula doktor pakar bius Dr Foo Li Lian. Dr Foo terangkan cara dan kesan bius sepanjang pembedahan berlangsung.(nasib bius tido tak sedar apa)..Mula puasa pukul 2am 24/10/2012.Doktor pesan suruh beli aiskrim dan simpan dalam peti ais nurse.So adik-adik datang petang tu dah beli dah 4 batang ais krim Tropicana Lime untuk stok lepas pembedahan.

 Pusat Perubatan Universiti Malaya

 Uniform Pink!



24/10/2012 - pukul 2am dah puasa.6am bangun mandi, solat dan tunggu arahan seterusnya.Ikut jadual pembedahan ENT, Wani patient no 3. Pukul 8am Dr Syisyi datang pasang branular, makan ubat tahan muntah dan bersiap ke bilik pembedahan.Pukul 9.45am dah naik atas katil ditolak ke blik pembedahan.Cuak sebab selalu tengok drama melayu, masa tolak katil tu lau je nampak celing hospital,masuk lif, keluar lif sampai ke kawasan menunggu luar bilik pembedahan.Ya Allah, istighfar tak habis-habis.Memang cuak tapi untuk kesihatan diri redha kan je.Pukul 11.30am procedure pembedahan pun berlaku. Wani cuma sedar masa mulut dan hidung ditekup benda apa tah tak sampai 30 saat dan hanyut..

  Branular set up


Kemudian Wani disedarkan pukul 340pm. Nurse tanya sakit tak? Jawapanya ialah nangis..Mmg sakit yang teramat sebab rasa sesuatu yang pedih dalam tekak.Telan air liur pn sakit. So kena tunggu lagi sejam 2 kali jab ubat tahan sakit baru naik wad semula tapi kali ni ditempatkan di wad pemerhatian (observation ward).Memang susah nak bercakap,telan air liur,makan, minum..so harap kat drip air je la.Oksigen pun dimasukkan melalui tiub ke hidung sebab ada kesukaran menafas.

Doktor nasihat cuba makan dan gerak kan mulut sebanyak mungkin untuk elakkan kawasan yang dibedah mati/dijangkiti virus.Sebab sakit (+manja kot) 3 hari drip air je.Tapi ada juga minta mama bawak milo 3 in 1 dan roti selain bubur.Cuba makan untuk kenyangkan perut walaupun sikit.

25/10/201 -  Keadaan masih sama takut segala benda.Cuma cuba minum milo sikit dan makan roti dan makan bubur mama yang dah dikisar halus mcm bubur bayi..Tukar branular 2 kali dari tangan kanan ke tangan kiri..Sakit..

Tukar tangan

 Teman setia sepanjang seminggu..Muak dah rasa.

 Tidur tak nak fikir sakit

26/10/2012 -  Hari Raya Aidiladha. Doktor buat rondaan dan bagi nasihat."U can go home only if u can eat. U try eat today and will decide to release u home today." Memang psycho duduk hospital.Macam-macam penyakit. Dah la hari raya,dengar takbir dalam hospital. Tangan drip air bengkak. Sakit yang teramat.Kuatkan hati makan jugak bubur hospital walaupun lambat. Mama dtg dengan adik-adik pakai baju raya..Waaarrrggh! nak nagis rasa..Aiman cakap " Lain rasa raya kali ni sebab tak dengar Kak Wani membebel.."  eerrk..ok itu trademark..saya suka membebel pagi raya sbb adik-adik bujang saya degil yang teramat!..

Lepas 3 jam cuba makan bubur, surut la setengah mangkuk dan nurse bagi feedback baik dekat doktor. Finaly doktor said "Ok u can discharge today tapi kalau u demam,selsema, sakit kuat di bahagian tekak atau u ada rasa sesuatu di bahagian tekak,u kena datang terus ke emergency hospital kerana mungkin ada infection kesan lepas pembedahan"..

"Baik doktor"..muka ada senyum.

Settle all bill and discharged.

Info :
  1. Lepas pembedahan kena makan makanan sejuk - jelly,aiskrim, makanan lembut - bubur,sup.
  2. Elakkan makanan/minuman panas.
  3. Jaga kesihatan/kebersihan mulut.
  4. Kena jaga kesihatan diri sendiri sebab fungsi tonsil ialah menapis bakteria dari masuk ke bahagian dalaman organ badan.Jadi bila dah remove tonsil maka kena extra care la.Jaga makan, minum, cuaca.
  5. Tonsil infection boleh membawa kepada kanser.
Terima ksih yang teramat kepada doktor dan nurse serta team yang bertugas di bilik pembedahan PPUM.Alhamdulillah semakin pulih sekarang ni. Cuma selsema dan demam sikit.

Thanks to semua yang datang melawat especially maksu yang tak pernah gagal datang melawat Wani masa sakit. Thanks juga kat family - mama yang masak dan berdoa untuk akak, Abang Arie & Ida sebab tolong jaga Aqeef, adik beradik yang tak henti-henti tanya khabar, saudara mara dan kawan-kawan yang mendoakan dan comment melalui  SMS,FB and Twitter.

Aqeef menyelinap masuk walaupun kanak-kanak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk. "I dont care!..Hi ibu.."


"Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]"

"Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
"

"Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
"

Semua hospital bill dibayar sendiri tanpa insurans. Sedang berfikir untuk terminate insurans ni sebab tak nampak benefit langsung sepanjang 3 tahun polisi berjalan.








Thank you Allah untuk sakit dan sembuhku.

Happy birthday Arie Fahmi!

Wednesday, June 27, 2012

Suprise Birthday Celebration

Sampai airport tumpang maksu sampai umah maksu.Lapar yg teramat.Maksu ckp mkn kat umah maksu je la.Sebab terlalu lapar,masuk umah maksu jumpa Afan.Afan siap wish birthday.Ok tak syak apa2 lg.Letak brg,maksu suh gi mkn kt dapur.Niat nk jenguk maktok tapi batal sbb nk mkn dulu.

Pintu dapur tutup.Tolak pintu je,nmpak lilin yg menyala dlm gelap. "SURPRISE!" and lagu happy birthday.Terkejut sgt.Bukak lampu nampak my family,paksu,Armand,Amanda,Bella (kwn amanda),maktok n nenek kat dapur. Fuh dpt surprise birthday celebration,2 kek n a bouquet of flower.

Ya Allah sgt terharu.Ada video Abg Wani rekod.Maksu punya plan.Patut la nmpk dia sibuk sms somebody sehari sblm tu.Rupa2nya maksu dok plan dgn my family n paksu.


Thanks to all.Also birthday wishes in facebook,twitter,and sms.Thanks famy,friends,bff,ex collagemate,ex schoolmate and all.Really appreciate all doa.I enjoy my birthday celebration this year.I know that i alwats surrounded by happy and good people.I love everybody!!


p/s : video bersambung-sambung..Ada satu video penting tak boleh upload. Akan ku usahakan..

Tuesday, June 26, 2012

24.6.2012 - Manila Day 4

 ITS MY 29th BIRTHDAY!

Hari terakhir kat Manila. Turun breakfast dan kami decide nak travel ke airport naik private van. Staff hotel tolong arrangekan.Agak mahal tapi selamat dari teksi luar.Alhamdulillah kami sampai ke airport slps travel lebuih kurang 2 jam.

Sampai airport ada custom check. Souvenir cengkerang maksu dah hampir-hampir tak boleh bawak balik sbb mmg larangan negara tu utk tidak bawa keluar shell/cengkerang. Lps negotiate dan mmg tanda harga tak buang sbb beli utk sovenir, lepas la.Tp mcm biasa, seorang kastam tu dtg kat maksu mnta duit.Konon-konon sbb lepaskan brg tu la. Hmm mcm2..Korupsi merata-rata..Naik flight PQ7455 boarding pukul 3.15pm dan sampai airport pukul 7pm.

Tamat la perjalanan singkat kami ke Kota Manila.Penat tapibanyak benda Wani belajar.Thanks again yang entah ke berapa kali kat maksu sbb bagi Wani rasa pengalaman ni.Alhamdulillah..

 Thanks maksu..i love u..




23.6.2012 - Manila Day 3

Sesudah breakfast kami ke kaunter lobby.Dapatkan sikit info psl tour package yg kami ambil tu dan kami diperkenalkan dgn Anthony.Anthony akan jd tourist guide kami hari ni.Kami akan menuju ke Pangsanjan.Kt Phillipines huruf 'j' tak disebut dan dituka ke huruf 'h'. Jadi kami ke Pasanghan.

Anthony


Pangsanjan di dalam daerah Laguna yang mana terdapat aktiviti 'kenu' dan boat rafting. Maksu saja ambil pakej lain yang mencabar utk rasa keseronokan berada di Manila.

Perjalanan 2jam 30minit sgt mengujakan.Kami lalu kawasan pedalaman kampung yg rata2 penduduk melakukan pertanian,pertukangan,penternakan sama mcm kt Malaysia.Ada statue Jose Rizal,statue itik besar2 menunjukkan kawasan tu kawasan penternakan itik dan telur itik.

 Motor Cab - pengangkutan bermotor awam

 Statue Jose Rizal


Sepanjang perjalanan,Anthony byk bercerita psl Manila.Penduduk Metro Manila je lebih kurang 15 million pg ramai dr populasi penduduk Jakarta.So tak heran la diaorg boleh buat mcm2 kerja utk sara hidup.
Kami sampai ke Pangsanjan.Sebenarnya kami nk buat sesuatu yg mencabar iaitu ber'kenu' selama 1jam 30 minit dan merentasi air terjun dengan menaiki bot buluh.Gila kan.Hilang tujuan asal nk shopping sakan konon.Walaupun basah kuyup tp seronok.

 Ready dengan helmet & life jacket


 Anak-anak tempatan mandi manda & basuh baju

 Kami atas kenu

 Danis - boatman kami


 Check point lain yang mana pelancong korea dok tunggu turn nak join kami ke water fall.



 Kat sungai pun ada toll house

 Ni la kekuatan mereka.Mengemudi boat pakai kaki dan kekuatan tangan.

 Lepak kat post house. Tempat boatman rehat sblm sambung perjalanan ke waterfall.

 Air terjun kecil.
 with maksu



Ni la post rehat diaorang.


Sepanjang perjalanan menuju air terjun dapat tengok kehidupan masyarakat tempatan di tepi sungai.Anak-anak mandi manda kat sungai,basuh baju,tangkap ikan. Untuk satu trip ke waterfal, boatman kene kuat untuk bawa kami lalu 16 rapids/halangan berbatu yang sangat menggerunkan.Tapi diaorg professional.Guna kekuatan kaki dan tangan je. Tapi kesian la.Susah kerja diaorg ni.

 Ni la air terjun Pangsanjan..


 Nampak tak rakit buluh tu menuju ke air terjun. Rakit tu akan pusing balik dalam gua lps air terjun tu dan lalu air terjun balik utk ke starting point. Best!




Ding Dong dan Danis. Boatman kami.

Boatman kami adik beradik Danis dan Ding Dong.Kurus kering je dua beradik ni tapi kuat.Diaorg bawak kami merentasi 16 halangan air dengan guna kekuatan kaki dan tangan. Kesian tgk.Kami dh la besar.Tai demi rezeki,terpaksa la.Danis ckp,kerja diaorg ni seminggu sekali je sbb rotate.Ada 986 boatman yg di rotate duty.Tambah kesian bulan 7 sampai hujung tahun musim tengkujuh kat Manila jd service diaorg tak diperlukan sbb air sungai naik tinggi.

Sblm balik diaorg dpt la tips yg lumayan dari maksu.Rezeki mereka.

Balik dari Pangsanjan, kami ke Balik Bayan Craft Center nak beli souvenir sikit.Mmg cantik-cantik barang kat sini.Agak mahal tapi berkualiti.

Balik hotel, lepak dan mandi,kami keluar balik ke Greenhill. Maksu nak beli sikit-sikit lagi.And balik dah malam. Kami still nak jalan-jalan. Tapi kali ni kami join rakyat Filipina lepak kat Seaside Boulevaerd. Tempat ni depan je dgn hotel. Tepi pantai ada Ferris wheel,live band perform dan rakyat tempatan dan pelancong asing yang lepakkat situ sbb malam minggu. Sangat ramai org bertenggek kat benteng tepi pantai tu. Kami naik Ferris wheel tu dan kemudian lepak kat satu restoran seafood tgk live band. Sedap-sedap suara vokalis band ni tap sampai 10.30pm je diaorg perform.

 Maksu - Ferris wheel


 Org bertenggek kat benteng sepanjang Seaside Bolevard.




 Live band.

Balik hotel packing,dan rest.Esok dah nak balik..

Tak boleh tido..nape ni?..sampai pagi...


Published with Blogger-droid v2.0.6