Kisah persiapan perkahwinan Faizal & Farhana.
Cuti panjang dari 24/1- Khamis (Maulid Nabi Muhammad s.a.w) kami gunakan untuk mengukus dan mem'pack'ing telur rebus utk souvenir. Semua sekali total telur rebus 1000 biji. Thanks to maksu yg ajak kami merebus di rumah dia. Kami beramai2 berkampung sehari suntuk kat rumah maksu untuk tujuan dan berkisah kan telur je hari tu. Syukur ada adik beradik yang ramai membantu.Dari melipat kotak,mengukus telur,lap telur,packing masuk kotak,dan susun dalam kotak semua di lakukan sepenuhnya oleh abah mama+adik beradik+ipar duaiku+sepupu import dari Kulim.
Pemain import kami.
Tamat hari Khamis untuk urusan telur. Esoknya Jumaat apply cuti untuk persiapan terakhir membungkus coklat dan telur masuk dlm souvenir bag.
Jumaat 26/1/2013.
Dari pagi kami dengan kekuatan tenaga yang ada mulakan dengan packing coklat masuk dlm bekas sushi. Coklat Beryls' berbentuk bunga ros sebanyak 2300 biji harus dipacking sebelum masuk dalam souvenir bag.
Coklat ni kami buat dalam masa 3 hari. Senang je buatnya.Murah dan berbaloi.
Coklat Beryls' perisa Orange.
Jiran kami pun turut membantu.Thanks again Ecah turun padang.Adik beradik yang cuti pun membanting tulang.Sampai ke petang la jugak kami membungkus. Coklat tu pn kami letak dalam 100 biji bekas kaca.Bekas kaca ni untuk kawan-kawan abah yang dijemput khas. Abah cakap dh 20-30 tahun tak jumpa.Inilah souvenir abah untuk mereka.
Bekas kaca berisi coklat.
Selesai packing coklat, telur dan coklat dimasukkan sekali dalam souvenir bag.Penat sangat tapi seronok.
Rehat sekejap nak dah mengangkut barang pergi dewan. Set up dewan dan kerusi meja catering sepatutnya dilakukan serentak malam ni. Tapi ada masalah yang muncul. Kerusi meja catering sampai lambat.Kami tunggu dari pukul 9pm tapi sampai kerusi meja tu pukul 3am.Pengantin mmg dh kena halau awal2 lagi balik rumah. Nasib baik yang teramat sangat kawan-kawan adik yang dtg saja nak melepak offer diri nak tunggu dan tolong.Diaorang tunggu dan tolong sampai pukul 5am. Ya allah mulianya hati diaorag.Siap tolong pasang kerusi meja,pasangkan alas,kemas dewan. Allah je yang mampu membalas.Adik beradik banyak kawan ni sangat menguntungkan. Kesian my stooges balik rumah last sampai pukul 6 am. Penat sungguh.Wani pukul 2am dah surrender sebab Aqeef ikut sekali.Aqeef kalau dibiar tak nak tidur budak kecik tu berlari dalam dewan.
Pelamin siap, kerusi meja tak sampai.
Selesai semuanya.Alhamdulillah.
Berdebar hati bangun tidur tengok my stooges bergelimpang tidur. Entah pukul berapa la diaorang ni tidur.Kesian tapi tak apa tolong menolong adik beradik.Nak kejut pun tak sampai hati Pagi-pagi lagi kami dah hantar breakfast dekat saudara mara, dan nak pergi tengok dewan. Sampai dewan nak menitis air mata. Cantik nya hiasan. Sempurna. Susun serba sikit barang-barang kami pun balik bersiap. Dengan harapan dan doa semoga urusan yang kami rancangkan akan dipermudahkan Illahi.