Friday, January 13, 2012

Bidadari Syurga..Hani Humaira



Assalamualaikum,

12.1.12 perginya bidadari syurga dijemput Illahi. Hani Humairah telah kembali ke rahmatullah jam 1.55.pm di dalam pangkuan Intan Liana dan Firdaus. Hani menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Selayang selepas  berjuang melawan penyakit Banyak komplikasi yang berlaku dalam tubuh Hani.Virus dan merebak ke otak, ada bakteria dalam darah dan tubuh si kecil ini kuning sangat. Sebak melihat Hani yang hanya disokong mesin diseluruh tubuh. Hani terpaksa ditidurkan sepanjang berada di ICU bagi membolehkan ubat masuk ke dalam tubuh Hani. Hani pergi dengan sendirinya. Perancangan doktor untuk mencabut mesin-mesin yang ada pada Hani tidak perlu dilaksanakan. Selama 3 jam Hani dipangku, segala yang tertulis oleh Nya terjadi juga. Hani menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan Intan dan Firdaus.

Bagi Intan, redha dan pasrah. Seharusnya Intan menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Namun Intan adalah seorang ibu. Hani anak yang cergas.Baru nak pandai bercakap tiba-tiba terlantar tanpa sepatah kata, belari kesana sini tiba-tiba terbujur kaku. Hati ibu mana tidak luluh.Mengharapkan keajaiban Allah mengatasi segala. Setiap hari Intan bercakap dengan Hani walaupun tubuh si kecil ini mungkin mendengar tanpa jawapan. Intan sikat rambut Hani, ikat sekemas-kemasnya, bedakkan Hani walaupun tenggelam warna bedak dengan kuning badan Hani. Ya Allah tabah sungguh hati Intan.. 

" Hani, Hani pergi lah nak. Mummy redha. Mummy lepaskan Hani pergi. Jaga diri baik baik yer nak. Tunggu Mummy kat sana. Mummy akan rindu Hani. Mummy sayang Hani.."

" Hani nak mummy baca doa tidur untuk Hani?"

Namun Allah maha mengetahui setiap sesuatu. Setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Intan dan suami diuji sehebat ini. Bukan kerana Allah tak sayang tetapi kerana Allah memilih yang terbaik untuk diletakkan ke dalam SyurgaNya.

Melihat semua gambar-gambar milik si cilik ini, luruh hati. Tangis kita tak sama dengan tangis Intan dan Firdaus.Sunyi kita tak sama dengan sunyi Intan dan Firdaus. Rindu kita tak sama mcm Intan dan Firdaus.        " Intan dah beli banyak baju Hani masa gi Indonesia hari tu. Kain baju raya Hani pun dah beli . Ingat nak tempah baju kebaya untuk Hani." impian seorang ibu yang terpaksa mengalah dengan qada dan qadar Allah.

Hani tak nak mummy dan daddy sambut ulangtahun ke 2  Hani pada 3.3.2012 ni tapi Hani pergi meninggalkan semua pada hari ulangtahun kelahiran adik kembar Intan iaitu makcik Hani - Elin & Eliz. Pasti tarikh keramat ini akan diingati oleh seluruh keluarga ini.








Selamat sampai ke Jannah sayang. Walaupun Aunty tak rapat dengan Hani, tapi aunty tahu Mummy dan Papa Hani dan buat sehabis daya untuk selamatkan Hani. Berdoa untuk mereka sayang. Tunggu mereka di sana.




Semoga Intan dan Firdaus tabah melalui hari mendatang. Pasti ada hikmah tersembunyi dari apa yang berlaku. Sahabat-sahabat sentiasa berada bersama kalian. Walaupun tiada disisi, doa kami terus dipanjangkan untuk kalian.

Semoga roh Hani dicucuri rahmat..Amin..

23 comments:

Zafrina said...

sedih. nak nangis!!! sejak wani bgtau pasal hani sakit, hari-hari akak tgk gambar dia kat profile mummy dia.. rasa dia dekat dgn akak walaupun tak kenal dia.. mungkin sebab dah ada anak, hati ibu ni lain sikit.. sama-sama rasa mcm mana perasaan ibu yang mengandungkan anak 9 bulan, 10 hari.. terkilan, sebab dia sihat walafiat, dlm masa 3 minggu je Allah uji parents Hani, terus Hani kembali ke Rahmatullah.. semoga parents Hani tabah dan semoga Hani tenang di Jannah. insyaAllah, Hani dah jadi bidadari syurga yang paling cantik kat sana, dia tunggu parents dia kat sana. amin..

Anonymous said...

Intan, 130112 hari ni genap setahun su lahirkan arwah anak su. Dari malam tadi su x dapat tidur teringatkan kejadian lepas. Anak su cuma hidup 11 hari. memang sedih, bila dah meninggal barula su dapat dukung dia. tapi, bila baca kisah hani ni, su rasa ade orang yg nasibnya lagi teruk dari su. Sorry, w/pun tak kenal tapi su leave a comment here.

azsbee said...

Miza...tak terucap..ape yg miza tulis same ape yg kami rasakn...tgk gmbr2 hani..luluh hati ini sebagai seorg ibu kepada anak yg lebih kurang sebaya dgn arwah hani...tp,seperti yg miza katakan...Allah memilih yg paling layak untuk tinggal di syurga Nya..ternya Hani Humaira merupakan insan yang paling bertuah...die tersenyum disana...menanti Intan & Firdaus disana...insyallah...ade hikmahNya...semoga mummy & papa Hani...tabah...walaupun untie aya hanya mengenali Hani didalam gmbr setiap kali intan upload di FB...but iknow u'r very a strong & cute little girl...lurve u so much hani...

mysweetheartkikin said...

Kita merancang...Tapi perancangan DIA adalah sebaik-baiknya.. Semoga dua hati yang ditinggalkan redha menerima ujian ini...sentiasalah tersenyum kerana telah DIA janjikan syurga buat bidadarimu....AMIN..

Anonymous said...

Semoga tabah menghadapi sgl2nya. Allah lebih menyayangi Hani.

Anonymous said...

hancur luruh hati wan tgk dan baca semua ni...semoga cucu wan kini berada ditaman syurga, Hani wan rindu hani dan Hani akan sentiasa berada dihati dan jiwa wan...wan masih ingat saat hani dilahirkan dahulu disambut dengan luangan adzan dan wan berlari anak menunggu saat Hani akan dilahirkan, Hani cucu yang baik, comel dan bijak memujuk...plz plz tu la yang wan tidak akan lupa dan ikatan getah rambut hani semasa sakit akan wan jadi simpanan hingga akhir hayat....

Ilusi Kristal said...

sedikit sebanyak amat terasa kehilangannya..namun, beliau adalah kesayangan Allah dan bonus bagi intan &firdaus ke jannah..al-fatihah buat hani..:-(

Shadila.Izani said...

akk pon luluh hati mbaca ttg hani.... tp kuasa Allah melebihi sgalanya.. hani sgt comel... smoga hani tenang di sna.. hani mmg bidadari syurga...

Shadila.Izani said...

akk pon luluh hati baca ttg hani.. smpi susa nk tdo... mungkin tangisan kite x sama dgn intan & huby.... akk pcaya hani sntiasa ada 'mnjaga' mummy & daddy nya... hani mmg bidadari syurga... intan & huby mmg insan terpilih... spt jgk arwah hani yg sgt comel..al-fatihah

Cute MuM said...

Salam.. Saya nampak link entry nie kat fb suami..
Tergerak hati nak baca pasal arwah...
Memang sedih bila kehilangan anak..
Anak saya juga amat terasa kehilangan sepupunya...
Hani seorang budak yang sangat baik & sopan jer..
Masih teringat hingga ke hari ini wajah dah keletahnya..
Arwah dah jadi bidadari syurga...

Anonymous said...

Setiap hari wan akan buka blog ni...walaupun wan pasrah dgn ketentuan illahi namun wan rindu dgn hani...sekuramg2nya terubat rindu dihati bila melihat gambar hani, wan doa kan hani sekrang berada di taman syurga dan hani doalah semoga Allah swt memberi penawar rindu pada mummy dan papa..sepi tanpa kehadiran mu

My Love.. said...

semoga intan kuat semangat..xdapat dibayangkan kalau benda yang sama terjadi dekat kita..tuhan maha mengasihi and tau apa yang terbaik untuk setiap umatnya...

intan ada hani menunggu di pintu syurga..insyaAllah..

noor safarinie said...

sangat sedih dan mengalir air mata.sebak sangat. hani hanya beza 1 bulan dari anak saya dan mereka lahir di tempat yang sama PP Naluri Wngsa Maju, Pediatrik yang sama..tak sangka singkatnya umur dia..sedih n sebak..takziah buat ibu dan ayah Hani...

Anonymous said...

Saya kwn skolah Papa Hani. Walaupun xpernah rapat tp saya turut terkesan dgn kehilangan Hani. Sebab bila tgk gmbr2 Hani yg comel. Mungkin sebab saya pernah merasai kehilangan yg sama. Saya kehilangan anak sulung right after birth. Saya xdpt tdo bila dpt tahu berita ni sebab terbygkan setiap saat yg parents Hani perlu lalui tanpa Hani. Saya sgt faham kesedihan dan kerinduan yg dirasai. Tp saya rasa ujian kpd parents Hani lebih hebat sbb Hani pergi masa umurnya tgh lincah. Parents Hani mesti terbyg2 segala keletah Hani. Saya sendiri xdpt bygkan kalau berada ditempat parents Hani. Namun skrg2nya parents Hani bertuah kerana sbb mencurahkan kasih syg utk Hani dan Hani bertuah dp merasai semua tu. Diluar sana mungkin masih ramai yg xbernasib baik mcm ni. Tapi InsyaAllah byk hikmahnya disebalik semua ni. Allah beri ujian kerana dia nk hadiahkan bidadari syurga secantik Hani Humaira. Parents Hani adalah istimewa sebab terpilih. Xsemua org diberi kelebihan ni. Semoga tabah, sabar dan redha. Allah sentiasa memberi yg terbaik walaupun mungkin dgn cara yg kita xharapkan. Sebab Allah tahu apa sbnrnya yg terbaik utk setiap hambaNya. Semoga parents Hani xberputus asa. InsyaAllah bila dh cukup semangat, boleh usaha beri adik2 untuk Hani. Adik2 yg soleh/solehah yg akan bawa parents Hani utk sama2 reunite dgn Hani di syurga nnt. Semoga Allah sentiasa merahmati Hani dan mereka yg ditinggalkan. Amin.

You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.

Anonymous said...

salam..hai..sy junior max n elin act...pnh tgok "bidadari syurga" hani humaira beberape kli n sgt3 tertarik dgn kecomelan n kpintaran arwah..
wlpon xknl rapat but sme rse dgn zaff zafrina sedey sgt3 n lebih sedey bile itu tarikh lahir elin kan...
sgt3 mengharapkan family intan liana n suami bersabar sbb kami sekeluarga pon sayu n sedey...
Allah mnguji hambanya yg benar2 bersabar n mampu menerima dugaan itu..
salam...

Kak Cah Food & service said...

Semoga Intan & Suami ..tabah mengahadapi nya..... Hani pasti tersenyum menunng di pintu syurga....

Kak Cah Food & service said...

Assalamualaikum....semoga intan & Suami tabah menghadapinya.....Hani pasti tersenyum menunggu di pintu syurga...

WATIE said...

ya...Allah..tersentuh hati bila baca blog niew...tiba2 mengalir air mata melihat wajah si kecil yg comel niew..harap si ibutabah menghadapinya..kita tidak tahu apa yg Allah sdg aturkan utk kita semua..walaupun saya hanya ada anak tiri..tapi naluri saya sbg ibu bgitu kuat..inikan lg ibu yg melahirkan anak dlm rahimnya sndiri....sebak rasanya kehilangan anak..sdgkan kehilangan ibu kita rasa dunia hilang d dpn mata..

Shaiful Azhar (Firdaus's Pernas Roomate) said...

Innalillahi Wa Ina Ilahiraijun...

Al-fatihah.
Salam takziah buat En. Firdaus Zubir dan isteri serta kaum keluarga... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Hani yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga keluarga arwah tabah menerima ujian daripadaNya. Sesungguhnya semuanya telah tertulis di Luh-Manfuz.
Al-fatihah sekali lagi.
Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Sampaikan salam saya pada En Firdaus Zubir.

Anonymous said...

miza..ika slalu bace blog miza ni..ika slalu tgk gmbr ni..xhenti airmata ni mgalir bile tgk wajah hani...ika sndiri mmg xrapat,tp turut rase kesakitannya..skrg turut rs kehilangan nya..Intan dan Firdaus,kuatkan semngat yer..ader hikmah atas aper yg blaku..

ezlia said...

assalamualaikum..even x knl intan n family but,sy dpt rase ape yg intan rase coz sy pon ade anak sebaye dgn hani..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..allah x kn menguji diluar kemampuan kite..intan n hsbnd seorang yg tabah..hanye doa diiringi utk bidadari syurga,HANI HUMAIRAH...syurga itu pasti utknya..semoga hani tenang disana..AL-FATIHAH..

kelisa7en said...

takziah buat keluarga...sy pun terasa kehilangan arwah hani ini.mak sy yg mengasuh arwah dari baby sehingga moyang arwah meninggal...memang kami semua rapat ngn arwah.apabila mak sy telefon sy bagi tahu arwah telah tiada,sy sampai x tahu nk cakap apa.bila mak sy cakap tentang sakit yang di tempuh oleh arwah,mengalir air mata saya....kami sekeluarga hanya dapat menyampaikan doa supaya arwah tenang di sana....amin...

Ruzaini harun said...

Salam..semoga kekuatan dan ketabahan sentiasa bersama puan dan suami..nasib yang sama juga menimpa diri saya...dalam tempuh 6 bln saya kehilangan 2 cahaya mata dan satu janin...saya pasti ada hikmah disebalik kejadian...alhamdulillah Allah memilih anak-anak kita untuk menjadi bidadari syurga..Al fatihah