Monday, July 14, 2008

Al-Fatihah...

11 Julai 2008

Pagi-pagi lagi pukul 6 am Kak Gee dah sms.. "Salam,ayu meninggal dunia 10 minit yang lepas.."..Wani tak dengar bunyi sms tu Aiman ketuk pintu bilik bagi tau Kak Ayu meninggal..Terkejut Wani..Terus bangun basuh muke turun bawah semua dah bangun.Kak Ayu ni sepupu Kak Gee..Family Wani rapat ngan famly Kak Gee ni sebab Abg Wani dah jadi anak angkat dalam family tu..Mengenali family diaorang yang agak besar ni seronok..happening sgt...

Arwah Kak Ayu Atau nama sebenarnya Zuaidah Bt Mohammed ni sepupu Kak Gee.Dia memang tau dia ada kanser.Kanser serviks.Wani tak pasti dah berapa lama tapi dia start keluar masuk hospital lepas raya tahun lepas.Wani sempat la lawat dia kat hospital bulan 5 hr tu.Arwah suka sangat orang datang melawat dia.Semua orang yang melawat dia akan cium (perempuan la).Walaupun Wani tak kenal dia sangat tapi dia seorang yang tabah.Berapa lama dia bertarung melawan kanser tu tapi akhirnya dia mengalah jugak untuk menghadap Illahi.11 Julai 2008 tu pukul 12 am dia koma dan doktor try guna alat bantuan hayat tapi Allah lebih sayangkan arwah.5.50am dia menghembuskan nafas terakhir.Arwah meninggalkan suami dan 4 orang anak.Bila terkenangkan nasib anak-anak yang masih kecil sebak pulak rasa.Anak-anak arwah yang paling tua Heri (7tahun), Fatin (5 tahun), Aqil (3 tahun) dan Raihana (1 tahun).

Pagi tu Wani sekeluarga, Mak Tipah, Kak Gee sekeluarga, Abg Pae sekeluarga berkumpul sebelum bertolak ke Taman Melati. Mayat dibawa pulang ke rumah mak mertua kat Taman Melati.Selesai mandi dan dikapankan mayat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibukota.Semua ahli keluarga berhimpun untuk bagi semangat kat suami arwah,Abg Idrus.Sebak rasa bila Aqil (anak arwah yang ke-3) sebut "mak akit dalam ambulan ni". Sedangkan mak dah tak ada lagi dan dalam van mayat..Sungguh Aqil x mengerti, Raihana x sempat nak merasa kasih seorang ibu.Bagi Fatin dan Heri sungguhpun sempat merasa kasih seorang ibu namun ini adalah kehilangan yang tak tertanggung perasaan. Apetah lagi bila tengok diaorang mengalirkan air mata.Semoga Abg Idrus terus tabah mengahdapi hari mendatang.Kami yang ada ni akan terus bagi sokongan kat keluarga arwah..Semoga arwa ditempatkan didalam golongan orang beriman...Al Fatihah..Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Zuraidah Binti Mohammed..






Ahli keluarga yang hadir..

Abg Misbah dokong Fatin.Waktu ni mayat dah pun dimasukkan ke dalam liang lahad..

Fatin

Ni la anak ke3 arwah...Aqil...

"Aqil nak ikut mak"...

Hakimi turut rasa kesedihan..

Anak sulung arwah..Heri..

Abg Idrus..(baju dan kopiah putih)


Semasa Talqin dibacakan...

Anak dan suami bersama mendengarkan talqin buat kali terakhir buat Allahyarhamah Zuraidah Binti Mohammed..

1 comment:

Anonymous said...

al fatihah..

semoga roh nya di cucuri rahmat..
moga ditempatkan di tempat org yg baik2..

hari lahir die same ngan saye...