Thursday, July 3, 2008

Selamat Pengantin Baru Zafirah Najmi & Aidil

Dah lame Wani nak post cerita wedding my lovely cousin ni..Tapi tah kenapa tetibe je sibuk.Kat office banyak sgt benda nak kena settle..Tapi sebab rasa nak share pengalaman so post ini pun menyusul..

14 Jun 2008,

Bermula dari pukul 9 pagi,Wani,Abg Arie,Bangcik ngan Aiman dah kuar rumah gi umah maksu.Tugas pertama ialah gi umah Abg Opie amik barang hantaran.Sebab family Wani tak ramai perempuan abis semua lelaki-lelaki yang ada dikerah amik barang hantaran.Sampai rumah maksu tungu Abg Opie sampai jemput kiteorg sebab x tau rumah dia kat mana.Sampai je kami berempat,Awit (driver maksu),Afan ngan Armand follow gi Keramat.Amik je barang hantaran tu kiteorg berpecah.Wani,Bangcik,Zafran ngn Abg Arie gi Petaling Street nak amik hand flower angah.Angah tempah fresh flower baby pink.Yang agak lawak nyer dh berapa kali gi sane tetibe boleh pulak lupe simpang nak gi kedai tu.Last-last Wani ngan Afan turun jalan kaki.Penat jugak and agak jauh la berjalan pusing punya pusing last2 kedai tu rupanya kat belakang kiteorang jer..berpeluh gakla..

Next is to The Zone untuk siap2.Semua yang lain dh ada kat sana.Angah pun make up kt sana.Sampai je trus siap2.Setengah ahli keluarga dah tunggu terus kat masjid.Kiteorang ni pulak pembawa-pembawa dulang lambat sikit.Sekali ngan pengantin.Lenguh jugak la bawak dulang tu cross The Zone gi Masjid..

Alhamdulillah,sorang lagi sepupu rapat Wani selamat diijabkabulkan.Angah Dinikahkan oleh Pak Njang Wani sendiri di Masjid As-Syakirin,KLCC selepas Zohor.Ahli keluarga dari dua-dua belah pihak ramai yang datang.Wani ngan akak sebak tetibe lepas sah je Angah dinikahkan.Angah salam-salam ngan semua orang.And now Aidil is part of our family.Wani ngan Aidil ni kalau jumpe asyik betekak jer..Memang cam tu.Ade je bende dia nak sakat Wani..Selesai je kat masjid tinggal pengantin nak gi photo shoot area KLCC, Kami-Wani ,Abg Arie, Aiman, Bangcik, Akak, Abang Opie, Zafran,Ruddin,Zafrie,Kam (best friend Angah), Aizan (adik angkat angah from Terengganu-dtg untuk tolong wedding Angah) and Farah (sepupu Aizan) gi makan kat Burger King KLCC…Lapar tak ingat..Kena makan cukup-cukup sebab lepas tu nak kena perah tenaga siapkan souvenir kat umah maksu.Abis je makan terus gi umah maksu.Packing souvenir.bayangkan 1000 pack nak siapkan.Abis semua tenaga kerja digunakan.Semua turun padang.Malam tu pulak bawak semua souvenir di Dewan Komoditi Bandar Tun Razak.Angah bersanding esok harinya kat situ.Sambil-sambil buat rehearsal,wedding planner siapkan dewan yang amat cantik Wani bagi briefing kat Faizal,Bancik,Afan and Zafrie yang nak gi pasang signboard kat jalan2 yang dah ditetapkam.Nasib baik Zafrie memang familiar area tu so diaorang berpecah 2 kawasan and Ikhwan datang lambat jumpa diaorang kat tempat mana tah amik untuk satu kawasan lain.Wani punya la risau budak2 ni gi naik motor pasang signboard tu,setiap setengah jam sms/call diaorang.Sebenarnya ni la first wedding yang Wani and family involve sepenuhnya.So rasa excited tu melebih2..Selesai kat dewan balik rumah dah pukul 1.30am.Kene restcukup untuk esoknyer reception pulak..

Esoknyer 15 Jun 2008,pagi pukul 10 dh sampai dewan.Gi set rambut ngan akak kat salon cina sengal(I don’t like that hair!) kat bawah tu.Lepas tu naik make up.Mak Abg Opie (Auntie Ani makeup kan thanks auntie..).Kiteorang family pakai baju same color..Cantik sangat dewan tu.Nampak meriah.Lepas tu stand by kat dewan.Wani ngan Ruddin floor manager so banyak sikit keje.Standby budak2 flower boy/girl , silat and kompang. Sampai jer pangantin dari lif sampai atas pelamin, lega rasanya..Alhamdulillah majlis ni berlangsung seperti yang dirancang.Wani suka sebab semua family member turun bagi support,best friend Angah juga (Kam-emcee and Tina-pengapit).Majlis betul-betul selesai pukul 4 petang.Family Wani balik gi makan kat kedai kat umah tu..Jadi lawak bila semua yang lalu toleh 2-3 kali sebab pelik kot tengok family ni gi makan pakai baju same material..macam marhaban..Angah dah pun selamat jadi isteri orang..Lepas ni akak pulak…Wani? Insyallah masanya akan tiba..Lepas ni sibuk untuk akak nyer majlis bertunang insyallah 2 Ogos 2008 and dia akan nikah pada 29 Disember 2008.Majlis akak on new year 1st January 2009.Insyallah…



(p/s-gambar will upload later..banyak sgt...)

No comments: