Thursday, August 27, 2009

Puasa..Jammed!..Angah..

hmm hari ni dh masuk hari keenam puasa kan..kejap je..tapi i off from puasa since 3rd day fasting...hehe..tapi even 'cuti' tak penah makan tau..puasa cam org lain jugak..bulan puasa tahun ni satu tanggungjawab besar untuk diri sendiri..kene masak untuk sahur and berbuka..time berbuka kalau x sempat sampai rumah abah masak..rasa la tanggungjawab sebagai ibu tu besar sebenarnya..banyak nyer keje nak buat kalau dah kene masak kan..antara lauk2 sahur dan berbuka yang dah berjaya wani masak nasi goreng ayam pedas giler (sebab cili kering tu yang pedas ek), sardin, ayam kicap, ayam pedas, sotong goreng, udang goreng, cucur udang, sayur campur..adik beradik saya ni memilih sikit nak sahur..kalau boleh sume nak masak baru..

tgn kanan mama still sakit so tukang masak berganti-ganti ni sedia melaksanakan tugasan..sian mama..hari ni mama nak puasa pulak..kalau tak larat mama nak berbuka..memang x advice mama puasa pun sebab still on ubat lagi..nanti mama penat..

sepanjang minggu puasa ni jalan subhanallah jammed giler kot..office hour change 8.30am-5,30pm.hari isnin tu sampai rumah kul 7.10pm, selasa x larat nak drive sakit kepala so berbuka ngn budak2 office je kat sini,semalam balik rumah sapai kul 6.50pm..camane nak masak..so makan je la ape yang adik2 beli ngn abah masak..hujung minggu ni leh la masak best2 sikit..sabtu ni maybe dania n kimi datang so meriah la berbuka puasa sabtu ni..x sabar nak tunggu..rindu diaorang..nak main bunga api ngn diaorang..

Angah tinggal tunggu hari je nak bersalin.dia cakap kalau sebelum 31st ogos ni x sakit lagi dia kene admit nak induce bg lahir 31st ogos jugak..semoga semuanya selamat..can't wait to see new family members...

Tuesday, August 25, 2009

mama + perasaan...

Alhamdulillah mama dah discharge 23/8/09.Sekarang kat rumah.condition mama still weak lagi..belum pulih sepanuhnya..kat hospital mama was warded about 12 days..sepanjang mama kat ward,mama asyik nangis jer.kene pulak time tu dah nak puasa lagi la nangis..call je nangis jumpe pun nangis..sedih..mama tak nak makan..doktor ngn nurse pun pujuk jugak..x jalan..last2 anak perempuan dia sorang ni jugak yang pujuk mama nak jugak dengar..memang dah lumrah anak perempuan tu dekat ngn mama..Wani datang tengok mama hari jumaat sebelum amam discharge tu..doktor kate mama depress sgt..asyik nangis.Wani kuar office kul 3pm terus gi hospital bawak nasi ngn lauk daging yang mama suka..datang sembang ngn mama,pujuk,suap makan sikit..(marah kat makcik jual daging tu selalu tak pedas tetibe pulak hari tu pedas..mama x leh makan pedas lgsg..ish!)..sebelum Wani balik Wani sempat mandikan mama..basahkan kepala mama..mama nak kan perhatian anak2..dia rasa rindu sangat kat anak2 nn abah..sebelum balik mama akan cium semua anak2..sekrang mama kat rumah..cuti lg..abah amik cuti 3 hari nak jaga mama..insyallah mama akan pulih sepenuhnya..

Wani sedih masa mama sakit ni la Wani nak kan sokongan sebab wani jadi lemah kalau keadaan mama camtu..tapi mana pegi kawan yang rapat?semua yang rapat including cousin?x semua amik tau..x semua bertanya khabar..sedih..tapi takpe semua sibuk kan..kerjaya masing-masing menuntut untuk tak payah amik tau hal sekeliling..mungkin wani pun buat benda yang sama tatkala diaorang memerlukan wani..so inilah balasan..doa yang terbaik untuk semua yang wani sayang...

hmm..wani ada satu perasaan yang lain dari biasa..hmm 2 minggu kebelakangan ni wani rasa disayangi seseorang..tapi sebab satu benda yang tak masuk akal..kiteorang renggang..tapi yang paling wani tak faham ialah lelaki maki perempuan!ape perasaan wanita dpt sms maki?..xde otak kot..nak marah bende tak patut..terus perasaan tu betukar..maka terputus lah perasaan sayang tu..sekian..

Monday, August 17, 2009

Mama..

Mama sakit lagi..Jatuh toilet sebab gelap mata tengok darah kuar dari badan..masa coretan ni betaip mama still kat CCU,Wad Pemulihan Penyakit Jantung HKL..Mama punya darah dan jantung masih belum stabil.Cemas,panik dan takut..itu yang bermain difikiran kami adik beradik malam rabu hari tu..Tangan nana dislocate kat bahu.mesti sait kan mama..sian mama..

Air mata ni tak berhenti mengalir tatkala terkenang penderitaan mama yang berulang..sekarang mama kat wad lagi.tangan mama masih bersimen..Lagi 4 hari umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan rahmat Bulan Ramadhan..Mama asyik wish nak balik jer..Selagi jantung ngn darah mama tak stabil and tangan mama belum pulih mama tak boleh balik.mungkin dalam masa terdekat ni jugak mama kene operate..utk habiskan hemaroid yang ada kat usus mama..sian mama..

Teringat pesanan mak mila.."andai kata tangan kite sakit kene cubit pun ia adalah tanda Allah sedang mengampunkan dosa kita.."teruskan berdoa...

Sepanjang jaga mama otak ni ligat berfikir..sebanyak mana duit kita keluar untuk membahagiakan mama tetap tak cukup untuk menebus segala pengorbanan seorang mama..kita bersengkang mata sekarang pun rasa letih..macamana mama yang dari saat kita lahir kat dunia ni jaga kita..insaf melihat penderitaan mama..harapan yang mama ada sekarang ni ialah mama nak anak-anak sentiasa ada dengan mama..mama akan tersenyum tatkala semua anak-anak ada bersama..

Abah?
terus membisu..saat mama tak ada tidur bersama abah dan abah terpaksa berjauhan itu la ubat abah..membisu..abah rasa berjauhan dgn mama tu satu hukuman berat..kakak faham abah..

Doa Wani sekarang adalah untuk lakukan yang terbaik buat mama..Wani punya kekuatan ada dekat mama..Mama kene kuat nak lalu semua ni..Insyallah mama akan sembuh macam biasa..kakak yakin mama..

Sepanjang mama kat hospital ni Wani punya kesihatan pun makin x berapa elok..badan sakit2..lemah je..deman kejap ade kejap kebah..gigi pun sakit..tapi semua tu ignore..yang terutama sekarang ni adalah mama..

Wednesday, August 12, 2009

Lagu Lama..

Penah dgr lagu Mendung tak Beerti Hujan?lagu lama tapi bila dengar balik best pulak.lagu ni jadi nyanyian mulutku 2-3 hari ni..nak dgr? tgk video clip kat bawah ni..tapi penyanyi asal Ella n Deddy Dores..Video klip ni dinyanyikan semula oleh Vokalis Jinbara ngn Misha Omar..Best!

Mendung Tak Bererti Hujan

Artist: Ella, Feat: Deddy Dores

Masa lalu kita di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku jua keyakinan
Ku goyah oleh keadaan

Miskin jiwa dan ragaku,
Bagai hidup di padang yang tandus,
Begitu beratnya beban yang ada di dalam hidupku...

Bila kau percaya bahwa hari-hari selalu berganti,
takkan selamanya awan-awan hitam menghantui hidupmu,
Mendung tak bererti hujan,
Yakinlah itu satu cobaan,
Masih ada waktu dan kesempatan tuk meraih cinta..

Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi

Aku ingin kau tahu isi hatiku
Ku cinta padamu kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu...



Tuesday, August 11, 2009

Forum Radiasi-Saluran maklumat bermanfaat

Isnin 10/8/09

Dengan arahan dari COO,makan Wani,Bos ngn COO sekali gi menghadiri Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekuensi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diadakan kat Dwan Sivik MBPJ.Semua Telco pun terlibat antara yang nampak muke adalah wakil dari Packet 1,U Mobile, Celcom, Digi, Maxis dan Asiaspace.Wakil2 dari PBT-MBPJ,MPSJ,MBSA pun ada jugak.Tujuan forum ni diadakan ialah untuk membentangkan 3 kertas kerja berkaitan radiasi telefom bimbit dan menara pemancar yang dah makin ramai perkatakan.Bagi Wani orang yang buat aduan dan bersembang pasal radiasi ni adalah orang yang dipengaruhi oleh susuatu perasaan.Kalau orang ada knowledge pasal benda ni tak kan bercakap sampai buat analisa tak tepat.Dalam forum ni banyak pengetahuan yang selama ni kita tak tau dah pun dikongsi bersama.Pembentang kertas kerja antaranya ialah :

  1. 'Impak Pembangunan Telekomunikasi' yang dibentangkan oleh Encik Mohd Ali Hanafiah,Pngarah Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  2. Radiasi Telefon Bimbit-Persepsi dan Realiti yang dibentangkan oleh Tn.Hj Mohd Yusof Mohd Ali,Pengarah Unit Radiasi Bukan Pegion,Agensi Nuklear Malaysia
  3. Telefon Bimbit,Menara Pemancar dan Isu Berkaitan Kesihatan yang dibentangkan oleh Dr,Pirunthavany Muthuvelu,Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawanagn Keselamatan Sinaran,Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,Kementerian Mesihatan Malaysia (KKM).
Dalam Forum ni antara pengetahuan yang diperolehi:

  1. Jangan bergayut telefon kat telinga lama2 sebab telefon mengeluarkan radiasi.
  2. Badan kita sebenarnya boleh menyerap 50% radiasi dlm persekitaran
  3. Persekitaran kita dipenuhi radiasi.Contoh kalau kita buat panggilan telefon radiasi adalah penghubung kpd rangkaian berdekatan (struktur)
  4. Buat panggilan telefon digalakkan hanya ketika 'full bar'.Kalau bar kurang ianya mengeluarkan radiasi yang tinggi sebab perlu mencari rangkaian yang paling hampir utk menyambungkan nya.Hasilnya radiasi yang keluar dari telefon bimbit akan masuk ke dalam tubuh badan
  5. Sehingga kini Pertubuhan antarabangsa masih mengumpul kajian membuktikan smeua mengenai radiasi.
  6. Radiasi dalam persekitaran kita juga adalah hasil dari TV/Radio/Peralatan Elektrik/remote control.
  7. Penggunaan hands free kits boleh mengurangkan kadar radiasi.
  8. radiasi akan memberi kesan kesihatan kpd manusia.
So tak adil la kalau pembinaan struktur telekomunikasi macam antena/microwave/tower/monopole/lampu limpah dan sebangainya dikatakan punca radiasi yang melemahkan kesihatan.Tak ada tower semua tu macamana nak guna peralatan telekomunikasi yang kita tengah guna sekarang? padahal harian kita memang dah terdedah kpd radiasi pun. Nak tak nak kita kene admit yang kita sebenarnya sedang bermain dengan radiasi dalam persekitaran.Tanpa radiasi semua peralatan electronik tak dapat digunakan dengan jayanya.

To SKMM congrats for this forum.sangat memberi pengetahuan.Eventhough masalah teknikal wujud di sana sini dan crowd tak ramai tapi yang penting objektif utama tercapai.

So kpd rakan2 seperjuangan kita hanya ambil aduan dan tindakan kpd struktur yang x ikut garispanduan.yang lain tu kita sama2 la fikir...

Sekian...

Monday, August 10, 2009

Weekend yang sarat aktiviti Part 2...

Ahad (9/8/09)

Pagi tu kuar breakfast ngn mama,abah ngan Bangcik..Lapar nyer x ingat..pastu balik lepak umah jap.Tengahari ade 2 jemputan..satu kenduri best friend lelaki Wani kat Kampung Sri Gombak Indah..and luch kat umah maksu bersama Mak Chak and family..

Wani gi kenduri kawan lelaki Wani yang dah lama x jumpa..last jumpa masa form 4 (16 tahun) and he try so hard to find me back and finally we meet back after 10years...Thans to Banzai sebab cari Wani balik..Lepas je dia dapat call Wani 2 bulan kiteorang ade keluar dinner same2..lepak2 cerita2..and dia bgtau dia dah nak kawin..Banzai x ubah macam masa sekolah dulu..Wani ingat lagi gi tengok dia masa accident moto masa sekolah dulu sempat bg dia air Yasin..lepas accident tu terus kiteorang senyap..x jumpa / contact lgsg...bila dia cal balik rasa mcm xpecaya..tapi syukur..yang kelakarnya dia still state yang Wani ni best friend perempuan dia sampai bila2...sedih dgr..To Zulhairi aka Banzai dan pasangan Haniza..Selamat Pengantin Baru..Hensem kawan Wani ni pakai baju pengantin...




Lepas balik kenduri tu tgerus gi umah maksu..lunch kat sana and main2 ngn anak kakcik..Saif..Berat nyer saif walaupun baru 5 bulan tapi berat dah 7.78kg..kaki dah belipat2 dah..pastu pandai respond bile org panggil nama dia pulak tu..comel je Saif...



Suke sgt kemam mulut tu..nampak la tembam pipi tu..

Hanies pulak_ingat tak sepupu Wani yang down syndrome tu? Click sini utk bace post lepas..) dah besra dah..Wani impress sebab dia dah pandai respond pada enironment..Dia dah pandai babai orang,cium orang bila kita minta,senyum,salam cium tangan..Wani rasa umur dia 2 tahun lebih..Tapi disebabkan dia istimewa so dia dimasukkan ke KIWANIS pusta yang mendidik kanak2 seperti Hanies yang perlukan pelajaran & pembelajaran awal dari kanak2 normal yang lain..Alhamdulillah..Hanies makin cerdik..Semoga Allah permudahkan segala2nya untuk insan istimewa ini...Amin...


ape la ummi ngn papa dok sembang tu?..



Dan Wani pun melarikan diri bila maktok tanya soalan keramat tu...Maktok..tolong la jgn tanya lagi buat masa ni ZERO...

Weekend yang sarat aktiviti Part 1...

Sabtu 8/8/09

Bangun pagi dapat call cousin mama Mak Tam nak datang ngn Kak Jija..Nak melawat mama. So mama decide nak masak mee kari (biasala mama punyer specialities).Sambil mama masak kat daput Wani dengan kekuatan 5 orang lelaki (abang+abah n adik2) mengemas rumah dari dapur sampai ke halaman rumah..dah lama tak gotong royong camni..penat jugak la..sampai petang..Tengahari tetamu sampai sembang2, makan2..Wani x join sebab sibuk kemas dapur lagi..sebenarnya Wani nak lari soalan2 keramat yang menjerumus ke arah x leh nak jawab tu..lepak dapur kemas ape yang patut sampai tetamu balik..dah siap kemas2 naik mandi pastu lepak..rajin pulak beradik2 ni..semua ada kat rumah..

Malam Wani drive gi Palm Spring Damansara..Ade GT Club..Sebenarnya malas nak gi tapi ade discussion sikit so gi la jugak..dah lame tak tunjuk muke..Udes ngn Amy xde..Puteh ngn Linda je..Tu pun Linda datang lambat sebab gi amik Birthday Boy..Cik abang Linda..TRANZ..Happy Birthday Tranz..


Kek 1

Kek 2


Pembawa Kek


Tak tau dah sape punyer bday ni..sume sekali la kire ni....

boot pakai seluar pendek kain pelekat


Happy birthday Tranz..



Sembang2 ngn Rauf,Zaidy ngn Wakang.Pastu dgr briefing club utk announce semua perlantikan baru and celebrate birthday member club utk Tranz especially, and club members yang lahir bulan 6,7 & 8..Wani termasuk jugak dalam disambut..kul 1am baru gerak dari sana..Wani sebenarnya diberi kepercayaan utk pagang jawatan Setiausaha utk Selangor & Wilayang State..Maknanya Wani sebahagian dari MyviXtreme Management Region utk Selangor & Wilayah..Ni la challenge yang Wani baru nak lalu..Harap boleh jalankan tanggungjawab yang yang diamanahkan dengan telus dan jayanya..Thanks kepada yang memberi kepercayaan..Antara team member yang turut dilantik membarisi MMRC bg Selangor & Wilayah State ialah :

Head of State (Selangor & Wilayah )- Rauf
Setiausaha - Amiza Shazwani
Bendahari - Syara

Team leader (sub region)
Team Leader Ampang - Apish (Apish)
Team Leader Gombak/Selayang - Pichie (pichie)
Team Leader Damansara/Sg. Buloh/Rawang - Boot (bOOt)
Team Leader Shah Alam - Syafiq (capit)
Team Leader Klang - Enz (brainlytis)
Team Leader Kajang/Putrajaya - Along Tikus (tikus rock)
Team Leader KJ/PJ/Subang/USJ/Puchong - Ajib (ajib_10)

So malam tu ada penyerahan surat perlantikan...Semoga Allah permudahkan semua urusan kami..Amin..

Friday, August 7, 2009

Kesinambungan Samun...

Bace paper metro hari ni tak?front page tajuk Tangan Terkulai...teringat previous post wani pasal samun? kes dalam paper tu terjadi jugak kat taman perumahan Wani..cuma lain Fasa jer...Takutnyer sekaang ni..macam leh jadi kan..orang dah tak fikir dah..pasal duit macam2 orang boleh buat..minta simpang la dari segala kejadian buruk...mintak Allah jauhkan keluarga Wani dan seluruh rakyat Malaysia dari kejadian yang tak diingini...amin...

Bace artikle kat bawah ni...


GOMBAK: Kejam dan tidak berhati perut apabila dua peragut menetak pergelangan tangan seorang wanita sehingga hampir putus hanya kerana mahu merampas beg tangan.

Tindakan penjenayah terbabit dianggap keterlaluan berikutan suspek langsung tidak memberi peluang wanita berkenaan mempertahankan diri apabila terus menyerang mangsa dengan parang lalu menetaknya sehingga bermandi darah.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chin, 40, berkata dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, dia baru pulang dari kerja sebelum memberhentikan kereta di hadapan rumahnya di Jalan SG 8/8, Taman Sri Gombak di sini.(<-- dekat dgn rumah Wani tu)

Menurutnya, sebaik keluar dari kereta, dia menghulurkan tangan kanan untuk mengambil beg komputer riba dalam kereta (alamak Wani selalu bawak beg lap top)..tanpa mengesyaki kejadian buruk bakal menimpanya.

“Tiba-tiba dua lelaki yang menaiki motosikal berhenti tidak jauh dari tempat saya berdiri sebelum seorang daripada mereka menarik beg dalam genggaman saya.

“Belum sempat saya menjerit, dia mengeluarkan senjata tajam yang disorok di sebalik baju lalu menetak pergelangan tangan saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, semalam.

Menurut Chin, dia yang kesakitan hanya mampu menjerit sebelum ditolak jatuh peragut terbabit sebelum kedua-dua mereka bergegas melarikan diri.

“Suami yang terdengar jeritan saya meluru keluar dan cuba mengejar penjenayah terbabit yang dipercayai warga tempatan sambil dibantu beberapa jiran.

“Malangnya, penjenayah sempat melarikan diri, namun suami menemui telefon bimbit saya di atas jalan dipercayai tercicir ketika penjenayah memecut melarikan diri,” katanya.

Mangsa berkata, kesan tetakan itu menyebabkan pergelangan tangan hingga ibu jarinya terbelah sepanjang lebih tiga inci.

“Beberapa jiran yang melihat kejadian itu kemudian membantu membalut luka pada tangan sebelum segera membawa saya ke Hospital Selayang,” katanya.

Menurutnya, dia yang menjalani pembedahan selama dua jam kemudian dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Damansara untuk rawatan susulan.

Chin yang bekerja sebagai jurujual mendakwa beg yang dilarikan penjenayah berisi komputer riba bernilai RM2,000 selain wang gajinya lebih RM1,000 serta beberapa dokumen penting.

Ibu kepada dua cahaya mata berusia tujuh dan 12 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Gombak, petang semalam.

Sementara itu seorang jiran yang juga saksi kejadian, Meor Arif Ahmad, 47, berkata kejadian ragut dan serangan bersenjata itu dianggap menakutkan berikutan mangsa berlumuran darah akibat kecederaan parah.

Menurutnya, dia yang mendengar jeritan itu cuba mengejar suspek bersama anak lelakinya tetapi gagal.

“Kejadian ngeri seumpama ini kerap berlaku di kawasan perumahan ini, malah pernah seorang jiran ditetak di kepala oleh penjenayah yang melarikan keretanya.

“Malah, dua anak perempuan saya pernah dikejar peragut bersenjatakan parang ketika pulang ke rumah sekitar jam 4 petang, hujung minggu lalu. Saya meminta polis melakukan sesuatu berikutan kami benar-benar dalam kebimbangan,” katanya.

So pada pihak berkuasa..sila amik tindakan yang sewajarnya..keselamatan rakyat makin terancam dgn semua ni...


it's a challenge..Udes...thanks..

Special Credits to UDES...thanks for everythings and trust me and for support me as well..thank you so much...love u friend...UDES da BEST!!

i'm taking the task to challenge my credibility and measure my ability..to my friends, please guide me in performing the best in what i should do..need your support and advice in handling my new task in this club..thanks to all..lots of love..muah!

Wednesday, August 5, 2009

Indeks udara masih membimbangkan..

Jerebu...sebenarnya jerebu masih ditahap membimbangkan...tadi pagi on the way gi keje sebelum tol Duke tak nampak sebarang bangunan dari jarak dekat pun..tapi org buat tak nampak je masalah jerebu ni..org dok sibuk dgn HINI..kite kene la jugak stresskan this issue sebenarnya..sebab jerebu pun penyumbang kpd penyakit yang jugak punca kpd HINI mcm sakit tekak...so jgn tutup satu cerita..menteri kan lain2..menteri kesihatan dgn menteri alam sekitar..so buat la keje masing2...bukan mentri alam sekitar dok sibuk jugak ngn HINI kot...tapi yang kelakarnya dalam paper asyik tulis indeks udara masih terkawal.indeks udara semakin pulih..pulih ke?so...kawan2...Lu fikir la sendiri...

Sepatutnya kat depan tu dah nampak bangunan apartment area Jalan Duta...tapi x nampak ape2 pun....

Samun?

Kereta sasaran...

Semalam balik keje mama cerita yangkereta Abg Arie hampir kene samun..mama kate tengahari tu dalam pukul 1pm ada org goncang pagar rumah tanya owner kereta yang parking depan rumah tu..memang la kereta abang arie..dia kata from bank at Cheras and ada masalah dgn kereta tu.ni antara perbualan mama ngn mamat tu...

Mamat tu : owner kete ni sape?
Mama : anak saya la
Mamat tu:mana anak makcik
Mama :keje
Mamat tu : balik pukul berapa?
Mama : 10 malam..kalau ada ap2 pasal kereta tu datang malam la..
Mamat tu : makcik boleh tak bg kunci kereta saya nak check no series engine kete ni..
Mama : kunci kat owner la
Mamat tu : makcik cari la ade kat dalam rumah tu...(pelik aku ape masalah mamat ni tau pulak kunci dalam rumah)
Mama :tak ade la..kunci kat owner la..
Mamat tu : sape ade kat rumah?
Mama :ade anak tengah mandi..(mama terpaksa la tipu)

Maybe dia bengang pastu terus gerak..mama nampak dia siap tarik pintu belakang..mana la tau tak kunci kan kereta tu..rupa2 nya ada sorang lagi tunggu kat hujung simpang rumah..mama kelam kabut telafon Abg Arie ngn Abah..Abah call balai Sentul hantar kereta peronda kat rumah..amik sikit keterangan..Mama cakap mamat tu dressing smart tapi muke garang..rupa2nya memang ade kes samun guna taktik mcm tu..kalau mama keluar and bagi kunci confirm dia akan masuk rumah and samun apa yang ada...Nasib baik mama tak keluar..Alhamdulillah...Kebetulan mama tinggal sorang2 kat rumah sebab Aiman dah nak balik sekolah..Abah pulak baru je pegi keje..So guys..becarefull with this tactics...

Wani pulak memang kadang2 careless suke tinggal kereta tak stering lock atau kadang2 tu tak perasan kereta tak berkunci...jadi cerita ni jadi penagjaran utk diri sendiri jugak...Awas...penyamun berkeliaran di kawasan anda...And one more things..Myvi sekarang tengah panas..maksudnya Myvi sekarang ni adalah sasaran kereta curi..ni statistic dari polis jugak..mari lah kite menjaga kerta kita sebaik mungkin..

Tuesday, August 4, 2009

Hmm..mama dah discharge Ahad baru ni (2/8/09)..tapi keadaan mama still lemah..kesan ubat yang mama minum sebelum operation buat mama x ada selera makan..Khamis lepas mama dah buat laser and ade sebahagian dari ketumbuhan kat usus dah dibuang..lepas raya mama kene bedah pulak untuk buang saki baki benda tu..buat masa sekarang ni risau tengok mama..lemah ..mama still cuti lagi..sampai hujung minggu ni..macam2 dah kiteorang beli nak bg mama makan tapi mama x lalu nak makan..bayangkan la makan sepotong tembikai je muntah macam makan sebiji tembikai..risau tengok keadaan mama...Berat mama pun dah turun mendadak..harap mama cepat discover from all pain..

Semalam (3/8/09) lunch ngn maksu,mak njang and my cousin Rudin.Rudin just came back for holiday.He study at UK in medical course..Kurus Rudin.. nak kurus cam Rudin jugak..kiteorang makan kat Selero Nogori..Kat situ semua masakan minang..ade tunjang masak kari,otak lembu masak ape tah..ikan keli goreng,pucuk paku masak lemak,sotong sambal,telur itik masak lemak ngn pucuk paku tempoyak..sedap makan kat situ..ramai pun orang..kadang2 kalau maksu lunc sorang2 dia ajak la wani gi lunch sekali..kalau tak gi Restoran Selero Nogori tu mesti pegi restoran Sri Melaka..office dalam mall sokedai makan x banyak sgt..limited and kadang2 x lalu nka makan dah ape yang dijual kat dalam mall ni..last2 sekali kedai mamak Al-Hayat jugak yang dituju...

Ape perasaan Wani sekarang?...:
  1. rindu tapi tak tau kat sape..
  2. risau kat mama
  3. otak serabut keje yang banyak..
  4. gelisah kalau terfikir pasal...
  5. bosan sebab...entah la...
  6. gembira mama dah discharge..
  7. marah kat seseorang yang x paham bahasa..orang dah tak nak tu blah la...
  8. geram kat lelaki yang suka buat org perempuan nangis..
  9. lame x bersosial..
  10. sunyi..
  11. sepi..
  12. bedebar..
  13. macam2 la.....
so senamg kate lately ni x keruan...

Monday, August 3, 2009

Operation Mama+Carnival Go Youth @ Bukit Jalil...


With Alex..

Sepatutnya mama kene operate minggu karnival Youth tu tapi operation postpone so last minute decide nak join YOUTH tu tapi kene car pool ngn Udes sebab abah nak pakai kereta minggu u..Saja nak merasa jumpa ramai2 budak club yang datang dari semua region..Jumaat malamlepas keje terus suruh adik anta gi umah Udes..sampai lepak+gosip mane yang patut pastu baru tido sebab esoknyer kene bangun seawal pagikene tunggu kat meet point depan bangunan Ministry of Finance (MOF) Putrajaya sebab dari situ tempat kumpul club members dari Southern,Eastern n Northern...

Official t-shirt Myvi Extreme Club Malaysia


kenapa kim tutup muke?sebab dia belum make up pukul 6 pagi..haha..


Pagi tu walaupun dah set jam kul 5am tapi kul 4.30am En Rauf dah call buat morning call...hah...awalnyer...bangun siap2 pastu kuar gi tempat meet point..berkumpul je sume kete tolong Udes edar form YOUTH , sticker..siap sume terus gerak berkonvoi ke Bukit Jalil...Udes tuan kete relax..Wani yang drive Alex...banyak nyer kete kat Bukit Jalil buat Wani teruja..Walaupun berpanas tapi ada la pengalaman lepak kat sana..macam2 booth ade tapi activiti tu kurang menarik perhatian.maybe organizer perlu tambah lagi aktiviti yang boleh tarik minat remaja..sebab karnival ni pun ditujukan khas utk remaja/belia kan..so setakat menbari shuffle ngn jerit One Youth One Malaysia je buat ape kan..

Udes gambar ni aku 'no comment'...

Udes si owner to Alex


Tranz..


Pelbagai aksi penunggu jalan..time ni misi tunggu pemandu sesat..Rescue by En Paliza(kot)...



so kesimpulan nyer ialah lepak and buang masa tengah panas dgn org ramai hari tu membuatkan aktiviti hari tu x berapa best tapi demi support club maka bertahan lah kami...Aktiviti hari tu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan dato Shaberi Chek (camtu kot eja)..yang best nyer Aina leh pulak tarik perhatian Dato tu utk datang kat port MyviX and sekaligus beli semua kek coklat Hunnee (hand made preggy mummy ok)...sungguh mulia hati Dato'...and petang tu tumpang Pichie balikm umah sebab umah Pichie dekat dah ngn umah Wani..yang kelalar tu Pichie pun x tau yang umah kami ni dekat sebenarnya...so mari lah tatap gambar2 berikut...


The gurls

Shout...'One Youth One Malaysia'


Practise shout!


Cantik gak kemeja official ni...


Choc cake Hunnee
Udes & Puteh
Apish Aposh..

Bahagia selepas jualan habis...Dato' Shaberi bersama myviX members..

Tranz...

Disamping tu ada jugak autoshow ..mcm2 jenis kete yang dah dimodified..Puteh menjalankan tugas mengambil gambar2 kerete2 ni...inilah hasilnya...




Sekian...