Tuesday, August 11, 2009

Forum Radiasi-Saluran maklumat bermanfaat

Isnin 10/8/09

Dengan arahan dari COO,makan Wani,Bos ngn COO sekali gi menghadiri Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekuensi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diadakan kat Dwan Sivik MBPJ.Semua Telco pun terlibat antara yang nampak muke adalah wakil dari Packet 1,U Mobile, Celcom, Digi, Maxis dan Asiaspace.Wakil2 dari PBT-MBPJ,MPSJ,MBSA pun ada jugak.Tujuan forum ni diadakan ialah untuk membentangkan 3 kertas kerja berkaitan radiasi telefom bimbit dan menara pemancar yang dah makin ramai perkatakan.Bagi Wani orang yang buat aduan dan bersembang pasal radiasi ni adalah orang yang dipengaruhi oleh susuatu perasaan.Kalau orang ada knowledge pasal benda ni tak kan bercakap sampai buat analisa tak tepat.Dalam forum ni banyak pengetahuan yang selama ni kita tak tau dah pun dikongsi bersama.Pembentang kertas kerja antaranya ialah :

  1. 'Impak Pembangunan Telekomunikasi' yang dibentangkan oleh Encik Mohd Ali Hanafiah,Pngarah Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  2. Radiasi Telefon Bimbit-Persepsi dan Realiti yang dibentangkan oleh Tn.Hj Mohd Yusof Mohd Ali,Pengarah Unit Radiasi Bukan Pegion,Agensi Nuklear Malaysia
  3. Telefon Bimbit,Menara Pemancar dan Isu Berkaitan Kesihatan yang dibentangkan oleh Dr,Pirunthavany Muthuvelu,Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawanagn Keselamatan Sinaran,Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,Kementerian Mesihatan Malaysia (KKM).
Dalam Forum ni antara pengetahuan yang diperolehi:

  1. Jangan bergayut telefon kat telinga lama2 sebab telefon mengeluarkan radiasi.
  2. Badan kita sebenarnya boleh menyerap 50% radiasi dlm persekitaran
  3. Persekitaran kita dipenuhi radiasi.Contoh kalau kita buat panggilan telefon radiasi adalah penghubung kpd rangkaian berdekatan (struktur)
  4. Buat panggilan telefon digalakkan hanya ketika 'full bar'.Kalau bar kurang ianya mengeluarkan radiasi yang tinggi sebab perlu mencari rangkaian yang paling hampir utk menyambungkan nya.Hasilnya radiasi yang keluar dari telefon bimbit akan masuk ke dalam tubuh badan
  5. Sehingga kini Pertubuhan antarabangsa masih mengumpul kajian membuktikan smeua mengenai radiasi.
  6. Radiasi dalam persekitaran kita juga adalah hasil dari TV/Radio/Peralatan Elektrik/remote control.
  7. Penggunaan hands free kits boleh mengurangkan kadar radiasi.
  8. radiasi akan memberi kesan kesihatan kpd manusia.
So tak adil la kalau pembinaan struktur telekomunikasi macam antena/microwave/tower/monopole/lampu limpah dan sebangainya dikatakan punca radiasi yang melemahkan kesihatan.Tak ada tower semua tu macamana nak guna peralatan telekomunikasi yang kita tengah guna sekarang? padahal harian kita memang dah terdedah kpd radiasi pun. Nak tak nak kita kene admit yang kita sebenarnya sedang bermain dengan radiasi dalam persekitaran.Tanpa radiasi semua peralatan electronik tak dapat digunakan dengan jayanya.

To SKMM congrats for this forum.sangat memberi pengetahuan.Eventhough masalah teknikal wujud di sana sini dan crowd tak ramai tapi yang penting objektif utama tercapai.

So kpd rakan2 seperjuangan kita hanya ambil aduan dan tindakan kpd struktur yang x ikut garispanduan.yang lain tu kita sama2 la fikir...

Sekian...

No comments: