Tuesday, May 4, 2010

Mega Concert Ungu Malaysia 2010

 1st May 2010
Stadium Putra Bukit Jalil

Best!!itu la yang terungkap dari bibir ni lps tengok konsert tu...Gi ngn maksu n  mak njang..sangat menghiburkan...semua lagu2 best diperdengarkan dengan cara tersendiri...arrangement music pun baru..ade setengah lagu tu dengan arrangement acustic...mengasyikkan...walaupun tarikh konsert tu sama dengan konsert Double Trouble Wings & Search kat Bukit Kiara, tapi Stadium Putra Bukit Jalil tetap meriah..Tambahan pulak masa serentak bermula dengan Akademi Fantasia...Ramai jugak yang datang tengok konsert ni...

ada sikit info retrieve from www.ticketpro.com. :

UNGU – Band paling popular dari Indonesia sekali lagi bakal menggegarkan peminat setianya di Malaysia menerusi Mega Konsert 2010yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 May 2010, jam 8.00 malam dibawakan khas oleh Celebes Production.

Sebagai sebuah band kegilaan anak anak muda, Ungu pastinya merasa amat bangga kerana berpeluang beraksi buat kali ketiga di Kuala Lumpur buat peminat setianya iaitu UNGU Cliquers. Cuma kali inipenampilan Ungu jauh lebih besar dan memerlukan persiapan terperinci agar semuanya berjalan dengan lancar. Ungu memulakan persiapan sejak awal Mac 2010. Konsep konsert ini disiapkan oleh Ungu sendiri.

Istimewanya konsert ini nanti akan menggunakan kesan cahaya dan visual dengan kerjasama dari mereka yang professional yang dibawa khas dari Jakarta. Terdapat beberapa buah lagu yang akan di susun kembali dan sebahagian lagu-lagu nanti disampaikan dalam versiakustik. Ungu mempersiapkan 18 buah lagu hit yang bakal membuai perasaan para penonton dengan melodi-melodi cinta yang manis dan mengasyikkan serta membuat penonton melayang bersama mereka.

Mega Concert Ungu 2010 ini direalisasikan selepas kejayaan besar beberapa siri showcase Ungu di Kuala Lumpur seperti di Planet Hollywood pada 25 June 2006 dan di Ruums, Life Center, Kuala Lumpurpada  09hb Ogos 2007. Kedua dua showcase istimewa Ungu itu mendapatpujian serta liputan yang cukup meluas di media tempatan dan juga Indonesia.

UNGU mula meniti kejayaan di Malaysia apabila lagu ‘Demi Waktu’ dari album pertama mereka yang memasuki pasaran Malaysia ‘Melayang’ sering dimainkan diradio – radio. Kali pertama Ungu menembusipasaran Malaysia adalah dengan usaha gigih Syarikat Rakaman Suria Records Sdn Bhd.(SRC). Dari situlah nama Ungu terus berkembang apabila lagu - lagu dari setiap album mereka  menjadi kegilaan peminat seperti ‘Cinta Dalam Hati’, ‘Kekasih Gelapku’, ‘Untuk Mu Selamanya’, ‘Andai Ku  Tahu’, ‘Dilema Cinta’, ‘Hampa Hati Ku’, ‘Terlanjur Cinta’ dan banyak lagi.

Ungu dibarisi oleh Pasha (Penyanyi), Enda (Gitar), Oncy (Gitar), Makki (Bass) dan Rowman (Drum). Di Indonesia, Ungu  adalah artisdibawah label Trinity Optima Production dan Suria Records Sdn Bhd adalah syarikat rakaman rasmi di Malaysia. Ungu telah memenangi lebih 20 anugerah dalam perbagai kategori sepanjang 10 tahun beradadi persada seni.

Gua emang udah jatuh cinta sama ONCY..guitarist UNGU!!! 

No comments: