Mesti Arie Fahmi sgt suka ada entry ni selepas seberapa lama senyap. Jgn cari typo k Encik Arie!
Pembukaan tahun 2012 yang alhamdulillah lancar setakat ni.
Pembukaan tahun 2012 yang alhamdulillah lancar setakat ni.
Rasa mcm tak ada pasang niat nak gi mana-mana tahun ni. Tapi atas pujukan maksu terjebak jugak. Ikut Maksu and the gang ke Jakarta - Bandung dari 16hb Febuari-21hb Febuari 2012 adalah pengalaman ke 3 Wani sampai kat negara Indonesia.Kali ni pergi ber7..Maksu, Amanda (anak maksu), Maktok (nenek), Mama Wani, Mak Chaq (kakak sulung mama) and Kak Uya (cousin Wani anak Mak Chaq).
Sebab dah pernah sampai, so takde la excited sgt. Saje teman meneman jer.. Teman meneman pun beg gedabak jugak besarnyer..Flight kami dari KL turun kat Jakarta menaiki KLM Royal Dutch Airline.Kami tinggal 2 hari kat 5 star hotel (thanks kat maksu kalau tak entah bila nak merasa..hihi). Nama hotel tu Hotel Kempenski, Jakarta. Betul-betul tengah-tengah bandar Jakarta dan dalan shopping mall. So boleh jalan kaki je kalau nak gi shopping mall dan ada access melalui hotel tu sendiri. Cantik dan mahal. Harga Lebih kurang RM1000 satu malam. Kami ambil 2 bilik connecting door and stay 2 malam ..Wow..
Bilik kami
Bilik Maksu
Pemandangan dari hotel
Kempenski Hotel, Jakarta
Ruang menunggu..class!
Disebabkan hari pertama sampai dh malam so berehat je la. Tapi Wani, Maksu n Amanda keluar balik jalan-jalan kat mall dan beli food kat Food Zone dalam mall tu.
Hari kedua kat Jakarta, kami ke Taman Mini Indonesia. Taman mini ni satu kawasan yang dibina untuk memperkenalkan 28 provinsi di Indonesia yang diperkenalkan melalui rekabentuk rumah. Antaranya ialah Rumah Acheh, Rumah Minangkabau, Rumah Bali, Rumah Sumatera dan macam-macam lagi. Nak masuk satu-satu kena spend sehari masa kat sana atau boleh naik cable car yang pusing satu Taman Mini tu so boleh la nampak jelas betapa besarnya Taman Mini tu.
Rumah Sumatera Barat
Rumah Bali
Kami lalu juga Monumen Nasional Indonesia atau lebih dikenali sebagai tugu Monas. Menara setinggi 132 meter ini dibina semasa pemerintahan Sukarno ni mula dibina pada 17 Ogos 1961 dan mula dibuka kepada umum pada tahun 1975. Apa yang menariknya ialah biatas puncak binaan tugu ini telah disaluti emas seberat 38kg.yang dipercayai melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala rakyat Indonesia.
Makan tengah hari kami di Warung Teko. Maksu dok sebut masakan terung balado kat restoren ni sedap sangat. Restoren ni sangat cantik.Ramai juga yang datang makan kat sini.
Lepas tu kami ke Thamrin City Mall yang baru juga dibuka. Banyak kedai yang tak buka lagi tapi banyak kedai jual baju saiz besar. So memborong la baju-baju mama. Banyak juga design cantik-cantik. Senang kalau kat KL ada kedai yang jual baju saiz besar mcm tu dan murah. Kalau kat KL kain lycra tu dh berapa ratus kot. Melampau!..
Selesai memborong kat Thamrin City tu, ibu-ibu dah capek dan kami pun balik hotel. Makan malam tu tapau je dr mall. Lps makan kemas-kemas sebab esok sesubuh alam kami dah nak bertolak ke Bandung.
2nd day seawal pagi kami dh bertolak ke Bandung. Terus ke Pasar Baru.Apa lagi shopping la bagai nak rak kan. Wani sendiri just tolong mama pilih kain nikah adik Wani, Baju kain pasang utk kami bertiga wanita (termasuk kakak iparku) dan barang-barang hantaran sikit yang boleh beli kat sana.
Kat Bandung kami stay kat Resort atas Bukit Dago. The Valley namanya 5 star dan sangat sejuk sbb atas bukit.
Lepas tu ke Tangkuban Perahu. Sambil-sambil dengar balik cerita rakyat macamana terbentuknya Tangkuban Perahu yang Dadang terpaksa repeat utk ahli baru yg nak dengar.
Maktok mmg rock!
Lepas ke Tangkuban Perahu, lunch kami ke Waroeng Daun. Sekali lagi makanan sunda jadi pilihan. Kali ni Maktok dah start sakit perut and mama dah pening-pening.Maybe berjalan dari pagi kot. Makanan kat sini sangat sedap trong berlada, jus maggo (tapi rasa mcm buah kuinin), gado-gado mcm2 la.
Tapi kaili ni ada yg menarik. Kami ke satu tempat seni tempatan yang mana anak tempatan diberikan pendidikan seni muzik dengan percuma. Tempat tu namanya Saung Angklung Udjo, Warisan keturunan Udjo yang membuka sekolah seni dan khidmat pendidikan percuma kat anak tempatan sangat dipuji. Yang paling best, anak pak Udjo tu dh melatih ramai pelajar dan dah buat persembahan antarabangsa pun. Sepanjang kami kat SaungPak Udjo, Wani personally sangat terhibur.Kat situ ada persembahan:
1) Demonstrasi wayang golek khas Sunda. (mcm wayang kulit la)
2) Helaran, yang sering dimainkan untuk mengiringi upacara tradisional berkhatan
3) Tari tradisional, iaitu tari Topeng iaitu tarian klasik topeng Kandaga,
4) Calung.
5) Arumba, yang merupakan alat musik tradisional terbuat dari bambu bertangga nada diatonis, menghasilkan nada yang harmonis.
6) Angklung Mini, tidak hanya dipakai sebagai hiasan, namun dapat untuk memainkan lagu sederhana, misalkan lagu anak-anak yang popular.Yang ni kami di ajar main angklung.Best sangat!
7) ada tarian anak kecil yang ajak penonton menari sama jugak. Wani n Amanda menari. Best!

Warisan anak Pak Udjo
Saya menari!
Hari-hari berikutnya mcm biasa ke factory outlet yang mmg dh ada banyak kat Bandung. Central Branded,Rumah Mode, Heritage, Grande, Victoria, For Men dan banyak lagi la. Cuma kali ni kami ada selit nak pegi Trans Studio. Tapi pegi ber empat je. Wani, Maksu, Amanda n Kak Uya. Yang mak-mak tido kat hotel.
Hari last yang sangat dinantikan.Kiteorg travel 3 jam dari Bandung utk pegi ke Zoo Bandung @ Taman Safari Indonesia yang terletak di Cisarua, Bogor. Tema kat sini ialah Safari so bintang dibebaskan dari kandang dan berjalan merata-rata sepanjang jalan. Kereta pengunjung boleh masuk dengan syarat pengunjung tidak dibenarkan keluar dari kereta sepanjang berada di dalam kawasan Zoo. Binatang yang dibebaskan tu terkecuali Encik Singa dan Encik Harimau la. Dua2 binatang ni ditempatkan di dalam kawasan habitat sendiri yang mana pengunjung masih boleh masuk dgn kereta. Sangat dekat dan live.
Habis di Zoo travel balik ke Jakarta utk balik Malaysia. Seronok trip kali ni banyak cerita, banyak pengalaman baru dan paling pening ialah rapat dengan sepupu Wani - Kak Uya. Thanks juga untuk kali ke berapa tah kat Maksu yang tak jemu-jemu bawak berjalan.
Seronok tapi mood nak menulis tu dh menipis.
Seronok tapi mood nak menulis tu dh menipis.
Till Then.. Bye..
2 comments:
comella makmi peluk harimau putih tu. mcm peluk anak patung je. :)
salam, just nak tanya, berapa bayaran masuk ke taman safari dan ada tak gerai makan kat dalam tu? kalau tak bawa kereta, ada ke mereka sediakan kenderaan mcm train kat zoo malaysia tu. Leh detail kan sikit tak coz saya bercadang nak kesana november nnti. Tkasih
Post a Comment