Kesian tgk keadaan office ni.haru biru kuning cokelat semua ada..Hari Jumaat lepas adalah hari perasaan bercampur aduk...kesian..tak tau la kalau ada pernah jadi keadaan mcm ni kat office org lain..tapi kat office yang tercinta ni keadaan serabut otak ni selalu terjadi..
Bosan dengan drama-drama bersiri ni maka aku especially keluar dari kepompong kepura-puraan..dengan berlandaskan otak yang realistik dan pendirian sendiri maka dengan ini saya dengan rasminya melantik diri sendiri menjadi pemberontak dalam syarikat sendiri..boleh ke?..boleh la kot..x payah nak belakon sopan..belakang mengata tak cukup ayat..ish!! bosan..sakit hati..
kat dlm organisasi yang 99.95% melayu ni (lagi 0.05% tu cina) sepatutkan situasi kerja tak jadi mcm ni...gila tak presure staff bila ada makhluk (si tua) dlm office ni yang diperkenalkan kat semua staff sebagai seorang yang kuat agamanya (imam katanya) adalah sebenarnya seorang yang sangat tidak boleh dipercayai kata-katanya..dialah imam yang mengimamkan sembahyang (kadang2 dengan rela hati staff ikut tapi lebih dari kadang2 tu terpaksa), berdoa dengan tangis sedu sedan, menyampai tazkirah dari punca ilmu iaitu buku yang tidak perlu dikaji kesahihannya (kalau org lain amik hadis dr sumber lain yang bukan dari bukunya itu disuruhnya kita mengkaji balik kesahihan hadis tersebut walaupun diambil dr e-hadis JAKIM) sebenarnya dialah seorang pengampu besar yang selalu menyebabkan keadaan/masalah kecik dlm office ni walaupun boleh disettle tanpa campur tgn org lain akan menjadi besar...bila benda tu terjadi maka si BOS itu pun akan masuk dan semua pihak akan diusik..maki hamun akan berkumandang, mesyuarat berjam-jam, tazkirah berjela-jela, meng UP kan diri bergema-gema, konon dia lah yang terbaik, dialah yang buat kerja betul..eh senang kata segala yang terbaik dia lah..cuba dua2 orang korang duduk buat keje staff..apa yang akan korang rasa?..
betul ko BOS..betul ko ada hak nak marah staff..tapi dengan cara mcmana?..maki hamun? keluarkan fatwa bukan2?..menundukan maruah org lain?..tidak menghormati privasi org lain?..memijak pendirian org lain?.merendahkan kebolehkan orang?..semua tu berkesan ke?semua tu ada kebaikan ke?...ada jugak mulut yang bercakap...BERANI SAHUT CABARAN?...tu ke cara nak bagi cabaran?kalau tu la caranya..maka terimalah cabaran pertama untuk syarikat ni...silakan teima surat resign ENCIK MOHD HISAN SALIM berkuatkuasa 15/10/2010 untuk sebulan..beliau adalah seoang senior yang telah setia berkhidmat selama lebih kurang 8 tahun..semua maklumat penting berkenaan kerja/garispanduan/arahan kerajaan negeri/arahan SKMM dan sebagainya ada dalam memori beliau...TAHNIAH EN HISAN..terpancar cahaya kebahagiaan dari wajah anda selepas menyerahkan surat bermakna tersebut...isteri beliau akan bahagia tanpa omelan beliau seperti hari-hari sebelum ini...
Mungkin aku bukan orang yang berhak nak pertikaikan soal agama.Tapi apa yang jadi dlm office ni berbeza.mungkin kerana menjaga keharmonian agama Islam itu sendiri, yiada siapa yang mampu nak bersuara.tiada siapa yang mahu membetulkan fatwa-fatwa yang bercanggah dari mulut-mulut puaka.kesian..mempersendakan agama..bagi yang tidak boleh menerima seperti AKU, kami berdoa semoga Allah menunjukkan kebenaran kepada mereka..kesian mereka..taksub menjadi pemimpin sehingga menggadaikan diri dan agama..takkan tak boleh beza keunggulan umat manusia dengan kehinaan anjing..suruh staff menghormati ANJING kalau binatang tersebut duduk di kerusi beliau?.,.HELLO...ko ingat kami sehina ko ke sanggup menjilat kaki org lain untuk sesuatu tujuan...ASTAGHFIRULLAH AL AZIM... sanggup menghalalkan rasuah dengan alasan memberi duit atau barangan pada kakitangan awam adalah bukan rasuah sebaliknya ianya adalah upah...untuk mendapat sesuatu keputusan dia perlu bercakap dengan ALLAH...(manusia lain berdoa kepada ALLAH bukan bercakap denagan ALLAH)...Rasulullah turun menyampaikan sesuatu kpd beliau, roh beliau keluar dr tubuh untuk bertemu roh orang lain..semua benda2 tu dijadikan bahan cerita kat staff...untuk apa?...untuk memberitahu bahawa beliau adalah didatangkan dr golongan berbeza dari manusia lain.....sekali lagi...ASTAGHFIRULLAH AL AZIM....
Hari ni keadaan office terus tegang....Si BOS itu mengishtiharkan tak akan masuk office sampai diberi tahu kelak..(amin...)...ada beberapa kakitangan yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih tugasan beliau sementara tempoh bertenang....En Hisan terus tersenyum atas kemenangannya..Si tua itu telah terkena panahan laser mulutku minggu lepas sampai tertunduk2 kene sound dengan seorang wanita berumur 27thn..si tua tu kalau tak salah umur dia 52 thn kot..huh! elok la sikit perangai tu tak sedar umur!!...masing2 mula memasang angan2 untuk mula membuka portal mencari kerja kosong untuk meneruskan punca rezeki di tempat lain termasuk AKU!!...yer saya pun sudah mula membuka portal-portal berkaitan untuk mencuba rezeki di tempat lain...
Betul kata Kak Ina..rezeki itu berteraburan..ada dimana-mama..cuma kita tidak nampak rezeki itu kalau kita masih menjerat diri kita di satu tempat..kita tak akan nampak cahaya dari tempat lain..Allah maha kaya..Allah maha agung..Allah akan tunjukkan kekuasaan Nya bila tiba masa dan ketika..seandainya selepas ini ada kakitangan lain yang ikut jejak langkah En Hisan, maka kita tau la yang sebenarnya ada yang pelik sedang berlaku dlm office ni..gelombang kedua akan melanda pejabat ini...
Sementara masih mencatur rezeki diluar, aku still ada keje kat sini..walaupun status aku terumbang ambing tak tau nak letak kat mana, tapi aku still ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan...Walaupun hati ni dah berat sgt nak terima kerja-kerja, tapi selagi surat berhantu belum aku serahkan dari pihak aku, maka aku pun kene taat dan setia..seandainya aku terus kat sini lagi, aku berazam nak tunjuk my true colors..menjaga hati sendiri..biarlah apa org nak kata..
Doakan yang terbaik utk percaturan aku k...Chow...
semoga semua cerita-cerita kat atas ni akan dijadikan tauladan kepada orang lain..bukan niat nak memburuk-buruk kan keadaan, tapi hanya sebagai luahan perasaan...
No comments:
Post a Comment