Friday, December 17, 2010

.....

aku suka bila fikir balik apa yang terjadi dan hikmahnya...dari semua tu aku mula tahu bahawa mempercayai dan mengkhianati itu sentiasa berlegar-legar dalam hidup manusia..aku? terus merasa akibat dari kepercayaan dan pengkhianatan itu...tapi Allah kan maha adil..kalau manusia tu tidak jujur ada balasannya...bagi aku aku terima semua penipuan yang dibuat khas utk aku..aku terima semua pengkhianatan yang berlaku keatas diri aku...tapi aku terus hilang percaya kepada manusia itu..

Aku jaga perhubungan sebagai sahabat.aku cukup jaga dan prihatin dengan rakan-rakan..aku amik tau kesusahan diaorang..tapi balasan?...hanya Allah yang tahu..aku kesal...susah mereka aku bantu. (setakat terdaya)..sakit mereka aku amik tahu (setakat mampu)...bersusah la aku...berteman lah aku tak kira waktu...tapi akhirnya?...aku kene tipu macam tu je...Aku kena ingat yang aku bukan priority utk mereka..mereka hanya menggunakan aku untuk susah mereka..mereka hanya memperalatkan aku untuk kesenangan mereka...Alhamdulillah...aku redha...

Waktu ini kepercayaan itu makin menipis..mungkin aku bukan yang terbaik untuk mereka..

Sahabat,
Terima kasih kerana memberi pengalaman ini...makin membenarkan aku untuk mengenali siapa kalian..semua yang pernah aku hulurkan sebagai bantuan itu adalah hadiah sebagai sahabat...seandainya aku salah di mata kalian, maaf kan aku...

dan langkah aku akan terus diorak....

No comments: